Pengalaman percutian di Houseboat Royal Belum, Perak - OhVacay.Com

Pengalaman percutian di Houseboat Royal Belum, Perak

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian 2H1M di Royal Belum, Perak.

Air Terjun Sungai Kooi
Air Terjun Sungai Kooi

Sejujurnya saya katakan, percutian 2H1M di houseboat Royal Belum cukup bermakna dan menyeronokkan. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain, namum dengan kreatifnya pemilik houseboat/penganjur menyusun aktiviti, kami seolah-olah menjadi satu keluarga besar.

Untuk makluman anda, sepanjang percutian ini saya menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Seha. Sekiranya berminat, anda boleh hubungi 012-6448581. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM199/ person. Harga ini termasuk makan, tempat tinggal di houseboat dan beberapa aktiviti menarik di sekitar hutan simpan Royal Belum. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan untuk ke Royal Belum, pihak pengurusan ada menawarkan pengangkutan ke sana. 

Houseboat Royal Belum
Houseboat Royal Belum

Dari segi penginapan, anda akan berkongsi houseboat dengan pengunjung lain. Walaupun anda tidak mengenali mereka, namun dengan adanya pelbagai aktiviti yang dijalankan, secara automatik anda akan mendapat kenalan baru. Antara aktiviti menarik yang di tawarkan ialah:
1- Melawat perkampungan orang asli
2- Menikmati keindahan flora dan fauna
3- Mandi tasik, main rakit
4- Jungle trekking ke air terjun Sg Kooi 
5- Melihat bunga Reflesia (sekiranya kena pada musimnya)
6- Mandi bersama ikan kelah di Sg Ruok (sekiranya kena pada masanya)
7- BBQ
8- Berkaraoke
Pengalaman percutian di Houseboat Royal Belum, Perak Pengalaman percutian di Houseboat Royal Belum, Perak Reviewed by Lah Mohd on 18:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.