Tip dan tempat menarik di Cameron Highlands, Pahang - OhVacay.Com

Tip dan tempat menarik di Cameron Highlands, Pahang


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian 2H1M ke Cameron Highlands, Pahang.

Cameron Highlands
Cameron Highlands
Seperti sedia maklum, Cameron Highlands merupakan kawasan peranginan tanah tinggi beriklim sejuk selain Genting Highlands dan Bukit Fraser. Suhunya agak sejuk iaitu sekitar 15-25°c dan akan berubah mengikut masa, musim dan keadaan cuaca. Dalam hal ini, disarankan untuk anda membawa baju sejuk untuk keselesaan terutamanya pada malam hari. Ini kerana suhunya akan berubah menjadi lebih sejuk.

Dari segi tempat menarik, terdapat banyak pilihan lokasi yang boleh anda kunjungi. Antaranya ladang tumbuhan beriklim sejuk seperti strawberry, bunga dan sebagainya. Berikut saya senaraikan antara tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh anda kunjungi.

Tempat menarik di Cameron Highlands

1- Ladang teh
2- Taman rama-rama
3- Cactus Valley
4- Ladang Strawberry
5- Lavender Garden
6- Pasar Kea Farm 
7- Bee Farm
8- Muzium Time Tunnel
9- Pasar malam di Brincang
10- Taman Agroteknologi MARDI
11- Rose Centre
12- Fragrance Nursery
13- Air terjun Robinson

Selain daripada tempat yang saya senaraikan di atas, anda juga boleh ke tempat menarik lain yang berada di sepanjang jalan di Cameron Highlands. Ini kerana terdapat banyak ladang atau nursery tanaman yang dibuka untuk pelawat. 

Bagi yang meminati aktiviti lasak dan alam semulajadi, anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti mendaki gunung di sekitar Cameron Highlands. Antara gunung yang boleh anda daki ialah:
1- Gunung Irau
2- Gunung Brincang
3- Gunung Perdah
4- Gunung Jasar
5- Gunung Berembun

Dari segi penginapan, anda boleh memilih sama ada untuk tinggal di hotel atau homestay. Ini kerana terdapat banyak pihak yang menawarkan hotel dan homestay dengan harga yang cukup berpatutan.

Sekiranya anda merancang untuk berjimat semasa bercuti, disarankan untuk anda menyewa homestay. Ini kerana boleh dikatakan semua pengusaha homestay menawarkan rumah dilengkapi peralatan memasak yang mana membolehkan anda memasak untuk berjimat selain memberi keselesaan sekiranya anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Tip Menarik

1- Elakkan bercuti di waktu puncak
2- Pastikan anda membuat tempahan awal untuk hotel atau homestay


Untuk melihat gambar menarik, like fanpage OhVacay.Com

Tip dan tempat menarik di Cameron Highlands, Pahang Tip dan tempat menarik di Cameron Highlands, Pahang Reviewed by Lah Mohd on 00:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.