Tip percutian dan tempat menarik di Singapore - OhVacay.Com

Tip percutian dan tempat menarik di Singapore


Alhadulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian 2H1M di Singapore.

Sand Bay Marina
Sand Bay Marina

Percutian ini merupakan antara percutian terpendek yang pernah saya lakukan bagi lawatan antarabangsa memandangkan jarak Malaysia-Singapore boleh dihubung melalui jalan darat. Untuk makluman, sekiranya anda ingin bercuti ke Singapore anda boleh menggunakan bas yang menggunakan laluan ke Larkin atau terus ke Singapore.

Memandangkan kadar tukaran ringgit agak rendah, jadi untuk berjimat anda boleh membawa makanan dari Malaysia. Dari segi penginapan, sekiranya anda bercuti dalam kumpulan yang besar atau masih bujang anda boleh menyewa hostel. Ini kerana, mengikut pengalaman walaupun anda perlu berkongsi bilik tapi perkhidmatan yang ditawarkan cukup selesa.

Gardens by the bay
Gardens by the bay

Bagi muslim anda tidak perlu risau tentang makanan halal. Ini kerana terdapat banyak restoran yang menawarkan makanan halal. Harga pula boleh dikatakan agar berpatutan. Tapi kalau anda congak kepada ringgit memang akan menjadi mahal. 

Dari segi pengangkutan pula, anda tidak perlu risau. Ini kerana perkhidmatan bas dan train cukup efisien dan selesa. Dalam hal ini, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan train atau bas. Boleh dikatakan setiap 5-10 minit bas akan muncul di depan anda. Walaupun begitu, untuk menaiki bas, anda perlu menyediakan syiling yang mencukupi. Manakala untuk menaiki train, anda boleh membeli tiket dan menambah nilai di mesin layan diri yang disediakan. Caranya hampir sama seperti menggunakan LRT di Malaysia.

Dalam hal ini, anda boleh menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat-tempat menarik di Singapore. Ini kerana boleh dikatakan kesemua tempat menarik di Singapore boleh dihubung dengan menggunakan bas atau train sahaja. Berikut saya senaraikan sebahagian tempat menarik yang boleh anda kunjungi.

Masjid Sultan
Masjid Sultan


Tempat menarik di Singapore

1- Universal Studio Singapore (USS)
2- Garden by The Bay
3- Cloud Forest
4- National Orchid garden
5- Singapore Zoo dan Night Safari
6- Marina Bay
7- SEA Aquarium
8- Jurung Birdpark
9- Merlion
10- Orchard road - Tempat berbelanja
11- Bugis Street - Tempat berbelanja
12- Helix Bridge
13- Arab street

Disebabkan matlamat asal hanya untuk ke USS, maka hanya beberapa tempat yang berjaya saya kunjungi dari senarai di atas. Antaranya USS, Marina Bay dan Merlion. InsyaAllah kalau ada rezeki bakal ke Singapore lagi.

Tip Menarik

1- Digalakkan untuk membeli tiket masuk tempat menarik secara atas talian (online).
2- Elakkan membawa beg bersaiz besar semasa ke taman tema seperti USS - Dapatkan kurangkan kos sewa loker untuk simpan barang.
3- Pastikan anda ke USS di awal pagi - Untuk mencuba kesemua permainan anda memerlukan masa yang panjang

Selamat bercuti

Untuk melihat gambar menarik, kunjungi facebook OhVacaydotcom

Tip percutian dan tempat menarik di Singapore Tip percutian dan tempat menarik di Singapore Reviewed by Lah Mohd on 19:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.