Aktiviti menarik di Universal Studio Singapore (USS) - OhVacay.Com

Aktiviti menarik di Universal Studio Singapore (USS)


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian sehari ke Universal Studio Singapore (USS).

Universal Studio Singapore

Sekiranya sebelum ini saya kongsikan tip dan tempat menarik di Singapore, kali ni saya kongsikan pengalaman sehari di Universal Studio Singapore (USS). Cukup puas dan menyeronokkan.

Untuk makluman anda, tiket masuk ke Universal Studio Singapore (USS) terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1- Universal Studio day pass 
Merupakan tiket biasa dan anda perlu beratur setiap kali anda ingin bermain permainan. Tiada keistimewaan diberikan kepada anda.

2- Universal express
Merupakan tiket yang memberikan keistimewaan kepada anda yang mana anda tidak perlu beratur panjang. Dalam hal ini, anda boleh menggunakan laluan khas/laluan express yang lebih cepat. Walaupun begitu, pass ini hanya boleh digunakan hanya sekali bagi setiap lokasi. Untuk kali kedua dan seterusnya anda perlu menggunakan laluan biasa seperti pemegang tiket"Universal Studio day-pass"

3- Universal express unlimited 
Fungsi tiket ini hampir sama dengan "Universal express". Yang membezakannya adalah anda dibenarkan untuk menggunakan laluan express berulang kali bagi setiap lokasi.

Catatan: Untuk semakan harga dan maklumat lanjut anda boleh ke website Universal Studio Singapore


Walaupun harga tiket masuk agak mahal, namun bagi saya harga tersebut berbaloi. Ini kerana banyak permainan yang ditawarkan selain tiada caj tersembunyi. Maksudnya, dengan hanya membeli tiket masuk utama anda tidak lagi perlu membuat bayaran tambahan atau "pay-per-ride". Anda boleh mencuba semua permainan atau mengulanginya sehingga puas. Dalam hal ini, anda hanya perlu sabar beratur sekiranya anda tidak membeli pass express. Berikut saya senaraikan kategori permainan dan tarikan di dalam USS.

Kategori permainan dan tarikan di Universal Studio Singapore (USS)

1- Hollywood
2- Madagascar
3- Far Far Away
4- The Lost World
5- Ancient Egypt
6- Sci-Fi City
7- New York

Walaupun ketegori permainan kelihatan sedikit, namum setiap ketegori mempunyai beberapa pecahan. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk website Universal Studio Singapore (USS)

Battlestar Galactica: Human vs Cylon

Bagi memastikan anda berpeluang untuk mencuba kesemua permainan dan melihat pertunjukkan, disarankan untuk anda memulakan aktiviti di awal pagi. Mengikut pengalaman peribadi, masa sehari perlu digunakan untuk mencuba kesemua permainan yang disediakan. Ini kerana ada sesetengah permainan mungkin akan diulang memandangkan ianya sangat menyeronokkan.


Tip Menarik

1- Pastikan anda membeli tiket masuk secara atas talian (online).
Ini dapat menjimatkan masa anda daripada beratur panjang untuk membeli tiket. Sekiranya anda telah membeli tiket secara atas talian, anda boleh terus ke kaunter tebus tiket dengan membawa dokumen yang telah di print bersama kad debit/ kredit yang digunakan semasa pembelian.

2- Elakkan membawa beg yang bersaiz besar
Contoh beg bersazi besar adalah beg silang atau beg galas. Ini bagi mengelakkan anda daripada terpaksa menyewa loker untuk menyimpan barang. Untuk makluman anda beg tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam beberapa kawasan permainan. Jadi anda perlu menyewa loker untuk menyimpannya.

3- Jangan tinggalkan barang atau beg tanpa pengawasan
Bagi pengunjung yang membawa beg atau barangan yang banyak, anda dilarang dari meninggalkan beg atau barangan anda tanpa pengawasan walaupun di dalamnya tiada barang berharga atau hanya untuk seketika. Ini kerana, jika disabit kesalahan anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa. 

4- Pass express VS tiket biasa
Adalah digalakkan untuk anda membeli tiket/ pass express. Dengan adanya pass express anda tidak perlu beratur panjang. Ini kerana, ada laluan khusus untuk pemegang pass express. Selain itu anda akan diberi keutamaan semasa ingin menaiki/ bermain permainan. Sekiranya anda tidak membeli tiket/ express pass anda perlu sabar beratur untuk mencuba semua permainan yang ada. 

Aktiviti menarik di Universal Studio Singapore (USS) Aktiviti menarik di Universal Studio Singapore (USS) Reviewed by Lah Mohd on 04:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.