Cara ke South dari North @ North dari South New Zealand - OhVacay.Com

Cara ke South dari North @ North dari South New Zealand

Secara geografinya, New Zealand terbahagi kepada dua kepulauan yang dipisahkan oleh lautan iaitu South dan North. Untuk menyeberanginya anda mempunyai 2 pilihan sama ada dengan menggunakan feri atau kapal terbang. Bagi memudahkan anda, berikut saya ringkaskan cara menyeberanginya.

Pemandangan dari Feri Wellington - Picton


Cara ke South dari North @ North dari South New Zealand

1- Kapal terbang

Menggunakan kapal terbang merupakan cara terpantas untuk anda bergerak. Dalam hal ini terdapat beberapa lapangan terbang yang menyediakan laluan penghubung diantara South dan North, antaranya Auckland, Wellington, Palmerston North, New Plymouth dan Napier di North dan Christchurch, Dunedin, Nelson, dan Quenstown di South.

Dari segi harga tiket, harganya sentiasa berubah mengikut musim dan promosi. Dalam hal ini, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi antaranya JetStar, Qantas dan Air New Zealand.


2- Feri

a) Bersama kereta
Menyeberangi antara South dan North bersama kereta merupakan perkara biasa di New Zealand. Ini termasukklah kereta persendirian atau kereta yang disewa.

Terminal Feri Wellington

Namun begitu, bagi anda yang ingin menyewa kereta anda perlu berwaspada. Ini karana, bagi sesetengah syarikat pengendali sewa kereta mereka tidak membenarkan kereta mereka dibawa menyeberangi antara South dan North. Tapi ada sesetengah membenarkannya. Mengikut pengalaman, Jucy membenarkan kenderaanya dibawa menyeberangi antara South dan North. Dalam hal ini, sekiranya anda ingin menyeberangi antara South dan North dengan kereta yang disewa pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.

Dari segi harga tiket feri, caj yang dikenakan agak mahal. Namun begitu anda mempunyai 2 pilihan iaitu menggunakan khidmat Bluebridge atau Interslander. Mengikut pengalaman, harga yang ditawarkan oleh Interslander jauh lebih mahal dari menggunakan perkhidmatan Bluebridge. Contohnya, 

Tiket Bluebridge: 2 orang + Campervan = NZD261
Tiket Interslander: 2 orang + Campervan = NZD131

Manakala, bagi anda yang ingin menyewa motorhome atau campervan yang berlainan di kedua-dua lokasi North dan South (Wellington dan Picton), pastikan anda membuat semakan minimum bilangan hari yang boleh anda membuat sewaan. Ini kerana, boleh dikatakan agak sukar untuk anda mendapatkan motorhome atau campervan yang menawarkan bilangan penggunaan atau sewaan kurang dari 5 hari.

Pemandangan dari Feri Wellington - Picton


b) Tanpa kereta
Selain daripada menyeberangi antara North dan South dengan kenderaan, anda juga boleh menyeberanginya tanpa kenderaan. Dalam hal ini, harga yang ditawarkan agak murah iaitu sekitar NZD63 seorang. Namun begitu terdapat had berat atau beg yang boleh anda bawa. Untuk membawa barang melebihi 30kg anda perlu membuat sedikit bayaran seperti anda membeli tiket kapal terbang tambang murah.
Cara ke South dari North @ North dari South New Zealand Cara ke South dari North @ North dari South New Zealand Reviewed by Lah Mohd on 07:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.