Milford Sound, pelayaran yang mengasyikkan - OhVacay.Com

Milford Sound, pelayaran yang mengasyikkan

Cukup sukar untuk saya gambarkan. Satu gabungan pemandangan yang cukup sempurna. Masa pelayaran sekitar 2 jam dirasakan berlalu begitu cepat. Di setiap penjuru feri anda boleh melihat pemandangan yang cukup mengasyikkan. Dengan bayaran serendah NZD33.75 seorang, cukup berbaloi rasanya saya memilih 'Milford Sound Cruise' sebagai aktiviti wajib saya lakukan di New Zealand.

Milford Sound
Milford Sound - Terminal Feri

Untuk merasai pelayaran di Milford Sound anda perlu memandu sekitar 2 jam dari Te Anau menuju ke Milford. Dalam hal ini, anda perlu melalui jalan yang agak berbukit dan dikelilingi oleh hutan dan bukit. Namun begitu, pemandangan di sepanjang laluan diantara Te Anau ke Milford cukup cantik dan menenangkan. Sebagai tambahan, pastikan minyak kereta di isi penuh sebelum meninggal Te Anau. Ini kerana tiada stesen minyak selepas Te Anau.

Milford Sound
Milford Sound 

Seperti menaiki pesawat, untuk menaiki kapal juga perlu daftar masuk. Dalam hal ini, anda perlu daftar masuk di kaunter feri sekurang-kurangnya 20 minit sebelum jadual berlepas mengikut jenis feri yang anda tempah. Memandangkan kawasan parkir agak jauh, disarankan untuk anda tiba awal bagi mengelakkan anda terlepas untuk belayar.

Sepanjang pelayaran anda bebas untuk memilih sama ada untuk berada di ruang terbuka atau atau tertutup (bahagian dalam feri). 

Milford Sound
Milford Sound - Ruang tinjau atas feri

Untuk makluman anda, harga tiket feri 'Milford Sound Cruise' sentiasa berubah. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah di awal pagi atau pada pelayaran pertama. Harga biasa boleh mencecah NZD70++ seorang bergantung kepada masa, pengendali, pakej (bersama minuman/makanan atau tidak) dan pihak yang menjualnya. 

Milford Sound
Milford Sound

Bagi anda yang memandu sendiri, selepas atau sebelum melakukan aktiviti 'Milford Sound Cruise' anda boleh ke beberapa lokasi menarik yang berada di sepanjang laluan antara Te Anau dan Milford Sound, antaranya:
1- Mirror lake
2- Knobs Flat
3- Eglinton Valley
4- Pop view
5- Monkey Creek
6- Homer Tunnel
7- The Chasm

Dalam hal ini, anda perlu luangkan masa sekurang-kurangnya sehari untuk lakukan semua aktiviti menarik yang saya senaraikan di atas.

Milford Sound
Milford Sound

Catatan:
1- Harga tiket 'Milford Sound Cruise' di atas dibeli melalui 'Jucy Cruise'
2- Anda perlu check-in feri 'Milford Sound' sekurang-kurang 20 minit sebelum belayar.

Milford Sound, pelayaran yang mengasyikkan Milford Sound, pelayaran yang mengasyikkan Reviewed by Lah Mohd on 06:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.