Tips memandu di New Zealand - North & South Island - OhVacay.Com

Tips memandu di New Zealand - North & South Island

Memandu di New Zealand?

Bunyinya mungkin pelik tapi kepuasan yang bakal anda perolehi cukup berbaloi.

11H10M di bumi New Zealand dirasakan begitu cepat berlalu. Walaupun badan teresa letih memandu dari North ke South, namun semuanya dirasakan begitu berbaloi dan berharga. Pengalaman yang tiada tukar gantinya. Dengan keadaan pemandangan yang cantik, semestinya saya tidak menyesal memandu di New Zealand meskipun perlu memandu di jalan yang berbukit.

Waimakariri River
Waimakariri River
Secara kasar saya telah memandu sejauh 3100KM++ melalui Auckland - Matamata - Taupo - Waiouru - Bulls - Otaki - Wellington - Picton - Blenheim - Kaikoura - Cheviot - Leithfield - Christchurch - Tekopa - Hooker Valley - Wanaka - Queenstown - Te Anau - Milford Sound - Manapouri - Pahia - Bluff - Purakaunui - Waihola - Otago Peninsula - Dunedin - Oamaru - Timaru - Ashburton - Chricrchurch (rujuk gambar di bawah).

Bagi memudahkan anda merancang percutian ke New Zealand, berikut saya ringkaskan tips dan pengalaman saya sewaktu memandu di New Zealand.

Baca juga: Itinerary 11H10M di New Zealand - North & South

Laluan perjalanan 11H10M di New Zealand

Tips memandu dan bercuti di New Zealand - North dan South 

1- Bagi rakyat Malaysia, anda boleh memandu di New Zealand tanpa perlu kemukakan lesen memandu antarabangsa. Anda hanya perlu tunjukkan lesen memandu baru (bentuk seperti IC).

2- Pastikan anda memiliki kad kredit. Wajib ada dan pastikan di kad tersebut ada di tulis nama. 

3- Harga minyak berbeza bagi setiap kawasan dan pam minyak. Pastikan minyak sentiasa berada dalam keadaan baik iaitu penuh atau separuh. Jangan tunggu sehingga minyak mencapai paras amaran takut nanti kenderaan anda tersadai di tepi jalan. 

4- Adalah dilarang sama sekali untuk parkir kenderaan di bahu jalan. Ini kerana, jalannya tidaklah terlalu lebar untuk anda parkir walaupun hanya untuk bergambar.

5- Jangan bermalam sesuka hati. Walaupun anda tidak mahu gunakan holiday park berbayar, pastikan anda mencari kawasan yang dibenarkan untuk bermalam sahaja. Ini kerana, ada kawasan dibenarkan untuk anda bermalam/berkhemah secara percuma dan ada kawasan dilarang. Jika sabit kesalahan anda boleh didenda.

6- Jangan hidupkan api sesuka hati. Pastikan anda nyalakan api di kawasan dibenarkan sahaja.

7- Sekiranya anda menyewa kenderaan, pastikan anda memilih pakej sewaan bersama insurans. Walaupun akan tingkatkan kos, tapi sekurang-kurangnya anda boleh jimat puluhan ribu sekiranya berlaku kemalangan.

8-Laburkan sedikit wang anda kepada 'travel insurans' agar kenangan percutian menjadi antara kenangan terindah, bukannya satu kenangan yang penuh duka disebabkan terpaksa menanggung beban kewangan disebabkan kesilapan diri yang tidak mahu melindungi diri sendiri.

9- Di New Zealand hanya terdapat 3 jalan yang mempunyai tol iaitu:
i- Auckland Northern Gateway
ii- Tauranga Eastern Link
iii- Tauranga Takitimu Drive

10- Pastikan anda mencuba 3 jenis madu di New Zealand. Lokasi terbaik untuk mencubanya adalah di Garston. Rasanya sangat berbeza daripada Malaysia.

11- Pastikan anda check-in holiday park sebelum malam. Ini kerana, apabila matahati terbenam kebanyakkan holiday park menutup kaunter check-in.

12- Semasa check-in, pastikan anda meminta lokasi parkir yang berdekatan dengan kemudahan (contoh: tandas, dapur, bilik TV dan lain-lain).

13- Cuba bermalam di Holiday Park berdekatan tasik/ tepi tasik. Suasana pagi dan senjanya cukup cantik.

14- Tempoh ideal yang disaran untuk memandu adalah sekitar 2-3 jam sahaja sehari. Ini kerana terlalu banyak kawasan menarik untuk anda berhenti bergambar.

15- Pastikan anda menyusun jadual perjalan sebelum anda bercuti ke New Zealand. Ini bagi mengelakkan anda terperangkap di kawasan pembinaan jalan/ ditutup.

16- Tempat terbaik untuk membeli barangan basah adalah di ParknSave kerana banyak pilihan dan harga murah.

17- Pastikan anda install apps "CamperMate" ke handphone. Apps ini menyediakan maklumat seperti lokasi holiday park, tandas, kedai, pam minyak, ATM, tempat menarik dan lain-lain.

18- Pastikan anda mencuba susu coklat dan seafood. Rasanya sangat sedap dan segar.

Tips memandu di New Zealand - North & South Island Tips memandu di New Zealand  - North & South Island Reviewed by Lah Mohd on 07:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.