Persiapan mendaki Gunung Kinabalu dengan pakej RM269 - OhVacay.Com

Persiapan mendaki Gunung Kinabalu dengan pakej RM269

Mahalnya kos mendaki Gunung Kinabalu.


Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu  
Itu antara rungutan yang biasa kita dengar apabila ingin mendaki Gunung Kinabalu. Tidak terkecuali saya sendiri. Namun, tahukah anda sebenarnya Gunung Kinabalu boleh didaki dengan pakej serendah RM269 sahaja. Meskipun pakej ini tidak merangkumi keseluruhan perbelanjaan, namun ianya boleh dianggap murah jika dibandingkan dengan membeli pakej daripada egent.

Untuk mendapatkan harga yag murah, caranya cukup mudah. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengurusnya sendiri tanpa menggunakan khidmat orang tengah (egent). Sebagai panduan berikut saya kongsikan pengalaman menguruskan persiapan mendaki Gunung Kinabalu bermula daripada membuat tempahan sehinggalah tamat pendakian.

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

Persiapan mendaki Gunung Kinabalu

1) Menempah slot mendaki

Menempah slot merupakan perkara terpenting yang perlu anda lakukan sebelum melakukan  persiapan lain. Untuk menempah slot mendaki, anda ada tiga pilihan iaitu melalui:
1) Mountain Torq - Sekiranya ingin mendaki melalui Via Ferrata
2) Sabah Parks
3) Sutera Sanctuary Lodges

Mengikut pengalaman, Sabah Parks menawarkan harga pakej termurah iaitu RM269 (merangkumi kos penginapan, makan, permit dan insuran). Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu emel atau call mereka. Berikan beberapa maklumat seperti tarikh mendaki dan bilangan pendaki. 

Untuk makluman, jualan slot mendaki sangatlah cepat. Jadi anda perlu peka dengan tarikh jualan slot yang diwar-warkan. Untuk mengetahui tarikh jualan slot mendaki oleh Sabah Parks anda boleh ikuti FB atau hubungi mereka. 

Sabah Parks
Iklan yang dikeluarkan oleh Sabah Parks pada 2017

2) Menempah tiket penerbangan

Selepas slot mendaki ditempah, anda bolehlah membuat tempahan tiket penerbangan. Sekiranya mahukan harga yang murah, pastikan anda sentiasa peka dengan promosi daripada syarikat penerbangan. Dalam hal ini, disarankan untuk anda menempah tarikh penerbangan sehari sebelum mendaki (penerbangan pergi) dan sehari selepas mendaki (penerbangan pulang).

Contoh, sekiranya tarikh mendaki pada 13 dan 14, anda disarankan untuk berada di Kota Kinabalu selewat-lewatnya pada 12 haribulan dan penerbangan pulang pada 15 haribulan.

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

3) Uruskan penginapan di luar pakej

Penginapan di luar pakej bermaksud penginapan lain yang perlu anda uruskan selain penginapan di Laban Rata. Ini kerana pakej RM269 yang ditawarkan oleh Sabah Parks hanyalah merangkumi kos penginapan satu malam di Laban Rata, tiga kali makan (buffet dinner, buffet supper, buffet breakfast), permit dan insurans sahaja.

Contoh, sekiranya anda ke Kota Kinabalu dari 12-15 March 2018 dan tarikh mendaki 13-14 March 2018, maka penginapan pada malam 12 dan 14 perlu di uruskan sendiri. Untuk dapatkan harga yang murah, anda boleh bandingkan menggunakan enjin carian Trivago. Mengikut pengalaman, pilihan bilik yang ditawarkan bermula serendah RM35 semalam (bagi bilik double room & shared bathroom).

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

4) Uruskan pengangkutan dari Airport/bandar KK ke Kinabalu Parks (return)

Sekiranya anda mendaki dalam kumpulan yang ramai, untuk menempah kenderaan tidaklah sukar. Ini kerana anda boleh berkongsi kos pengangkutan dengan pendaki lain. Untuk menempah kenderaan bersama pemandu, anda boleh menempahnya daripada travel egent berdaftar di Kota Kinabalu. Sebagai contoh Mountain Trails dengan harga RM700 (return van transfer KK-Kinabalu park).

Manakala, sekiranya anda bergerak dalam kumpulan yang kecil anda boleh menggunakan pengangkutan awam. Pengankutan awam dari bandar Kota Kinabalu ke Kinabalu park boleh didapati di terminal bas Padang Merdeka Kota Kinabalu. Namun perlu di ingat, sekiranya anda ingin menggunakan pengangkutan awam anda perlu bermalam di sekitar Kinabalu Parks. Ini bagi mengelakkan anda berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kenderaan di awal pagi ke Kinabalu Parks.

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

5) Bersedia untuk mendaki

Langkah terakhir adalah mempersiapkan diri untuk mendaki. Tingkatkan stamina dan jaga pemakanan agar pendakian anda berjalan lancar.

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

Itinerary mendaki Gunung Kinabalu

Hari 1

- Penerbangan Kuala Lumpur - Kota Kinabalu
- Check-in hotel 
- Aktiviti bebas di bandar KK

Hari 2

- 4.30 am Bersiap untuk ke Kinabalu Parks
- 5.00 am Check-out hotel dan bertolak ke Kinabalu Parks pada jam 5.30AM
- 7.30 am Tiba di Kinabalu Parks. Sarapan + bungkus makanan untuk lunch di Panataran restaurant
- 8.00 am Uruskan pendaftaran etc dan simpan barang (i.e barang yang tidak perlu semasa mendaki)
- 9.00 am Bergerak ke Gate Timpohon dan dengar taklimat daripada guider
- 9.30 am Memulakan pendakian
- 2.00 pm Tiba di Laban Rata dan check-in penginapan
- 4.30 pm Makan malam
- 7.00 pm Tidur

Hari 3

1.30 am Bersiap untuk mendaki ke puncak Kinabalu
2.00 am Supper 
3.00 am Memulakan pendakian ke puncak (cuba untuk mendaki seawal yang boleh)
4.00 am Tiba di check point Sayat-sayat (perlu tiba sebelum jam 5.00 am)
6.00 am Tiba di puncak Kinabalu (perlu tiba sebelum jam 7.00 am. Matahari terbit sekitar 5.45 am)
7.00 am Turun ke Laban Rata
9.00 am Tiba di Laban rata, breakfast dan check-out (perlu check-out sebelum jam 10.30 am)
11.00 am Bergerak ke Gate Timpohon
4.00 pm Tiba di Gate Timpohon dan bergerak ke Kinabalu Park
4.20 pm Collect sijil dan beg
5.00 pm Bergerak ke Kota kinabalu
7.00 pm Tiba di Kota Kinabalu, check-in hotel dan rehat (aktiviti bebas)

Hari 4

- Aktiviti bebas di bandar KK
- Check-out hotel dan pulang ke Kuala Lumpur

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

Kos mendaki Gunung Kinabalu

1- Pakej penginapan dan makan (buffet dinner, buffet supper, buffet breakfast) di Laban Rata, insurans dan permit = RM269
2- Pemandu arah (guide) = RM230/5 = RM46 - Baca juga: Harga guide
3- Tiket masuk Taman Negara = RM3
4- Sijil = RM10.60
5- Locker = RM12 per bag
6- Pengangkutan dari Kinabalu Park ke Gate Timpohon = RM9 (return)
7- Pengangkutan dari bandar KK ke Kinabalu Park (van 12 seat)= RM70 (return) = RM700/10 orang
8- Pengangkutan dari airport ke hotel di bandar KK = RM8 (return - kongsi guna Grabcar)
9- Penginapan di bandar KK = RM80 (2 malam)
10- Makan di luar pakej = RM50
11- Tiket penerbangan Malindo Air = RM318 (return)

Jumlah keseluruhan = RM875.60

Note:
Untuk kurangkan kos, anda boleh kurangkan kos penginapan dan penerbangan. Ini kerana harga hotel di Kota Kinabalu boleh diperolehi serendah 20-30 semalam. Manakala, untuk tiket penerbangan, anda perlulah sentiasa peka dengan promosi yang diwar-warkan.

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu

Senarai alatan/ barang untuk mendaki Gunung Kinabalu

1- Backpack/daypack - Disarankan jenis waterproof
2- Kasut
3- Long john/long sleeves (optional) - sekurang-kurangnya sepasang untuk hari ke puncak/Low Peak
4- Wind breaker - Jenis ringan dan memerangkap haba
5- Sarung kaki - 2 pasang
6- Pakaian mendaki - 2 pasang
7- Glove - disarankan jenis waterproof
8- Winter hat (optional)
9- Ponchos/ raincoat
10- Head lamp
11- Toiletries
12- Botol air
13- Makanan (cth; coklat, kacang, energy bar etc)
14- Ubatan peribadi
15- Beg plastik (optional) - Untuk isi baju basah/kotor atau handphone/camera
16- Hiking/trekking poles (optional)
17- Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu.

Selamat mendaki...

Persiapan mendaki Gunung Kinabalu dengan pakej RM269 Persiapan mendaki Gunung Kinabalu dengan pakej RM269 Reviewed by Lah Mohd on 03:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.