Pengalaman ke Kem Baha Gunung Stong, Kelantan - OhVacay.Com

Pengalaman ke Kem Baha Gunung Stong, Kelantan

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaannya. Pengalaman mendaki pertama setelah hampir 4 tahun meninggalkan aktiviti lasak. Pengalaman yang cukup berharga dan mungkin tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Gunung Stong
Gunung Stong

Aktiviti ini saya lakukan pada akhir "Syaban" yang lalu iaitu dua hari sebelum menyambut puasa. Perjalanan dari kota Bharu mengambil masa sekitar 3 jam. Ketibaan saya di kaki Gunung Stong agak lewat iaitu sekitar jam 5 memandangkan saya bertolak dari kota Bharu sekitar jam 2 petang. Walaupun ketibaan saya agak lewat, saya masih dibenarkan untuk mendaki sehingga ke Kem Baha (tapak perkhemahan sebelum memulakan pendakian ke puncak).

Mengikut peraturan baru, setiap pendaki perlu membayar seorang pemandu arah. Harga bagi seorang pemandu arah ialah sekitar RM150 sehari dan boleh dikongsi maksimum 15 orang.

Untuk mendaki ke Kem Baha, pendaki mempunyai dua pilihan laluan iaitu melalui air terjun dan laluan biasa. Disebabkan saya tiba agak lewat, laluan air terjun telah ditutup memandangkan keadaan cuaca di hulu mendung. Ini bagi mengelakkan berlakunya rempuhan "kepala air" memandangkan laluannya berada di bawah air terjun.

Selepas hampir sejam mendaki, akhirnya saya sampai ke Kem Baha. Cukup indah dan mendamaikan. Hilang rasanya penat mendaki selepas melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang di depan mata. Walaupun tiada bekalan elektrik dan kelengkapan yang selesa, suasa alam semulajadi yang tenang melenyapkan segala tekanan kerja. Bagi mereka yang berminat ke Gunung Stong, disini saya kongsikan cara ke Gunung Stong.

Aktiviti menarik di Taman Negeri Gunung Stong

1- Mendaki ke puncak Gunung Ayam
2- Mendaki ke puncak Gunung Stong
3- Mendaki ke puncak Gunung Baha
4- Mandi air terjun
5- Menikmati keindahan flora dan fauna

Cara ke Gunung Stong

Untuk ke Gunung Stong anda mempunyai 2 pilihan iaitu dengan menggunakan pengangkutan awam atau memandu. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, anda mempunyai dua pilihan iaitu dengan menggunkan bas dan kereta api. 

Untuk ke Gunung Stong dengan menggunakan bas, anda boleh memilih laluan ke stesen bas Jeli. Dari stesen bas Jeli anda boleh menggunakan perkhidmatan bas antara bandar atau taksi. Selain daripada bas dan taksi, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan "pick-up" dan "drop-off" yang disediakan oleh pihak resort. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook "Gunung Stong State Park Resort".

Manakala, sekiranya anda memilih untuk menggunakan kereta api, anda boleh membeli tiket ke stesen Dabong. Dari stesen anda boleh menghubungi pihak resort. 

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan kereta, anda boleh berpandukan kepada papan tanda atau menggunakan peta dan "waze". 

Pengalaman ke Kem Baha Gunung Stong, Kelantan Pengalaman ke Kem Baha Gunung Stong, Kelantan Reviewed by Lah Mohd on 09:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.