Tip dan tempat menarik di Kuching, Sarawak - OhVacay.Com

Tip dan tempat menarik di Kuching, Sarawak


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindaham alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian saya selama 3H2M di Kuching, Sarawak.

DUN Sarawak
DUN Sarawak

Negerinya cukup luas dan memerlukan anda untuk menyewa kereta bagi memudahkan pergerakkan ke lokasi menarik. Namun, sekiranya anda memilih untuk tidak menyewa kereta, anda masih boleh menikmati percutian anda di sekitar bandar Kuching. Berikut saya senaraikan lokasi menarik yang boleh anda kunjungi.

Tempat menarik di sekitar Bandar Kuching

1- Kuching Waterfront
2- Dayang Salhah's Kek Lapis dan Mira Cake House di kampung Boyan
3- Tugu Kuching
4- Muzium Tekstil Sarawak
5- Muzium Sarawak

Tempat menarik yang memerlukan anda menyewa kereta

1- Pasar Sarikin
2- Kampung Budaya Sarawak
3- Pasar Satok
4- Kompleks Kubah Ria
5- Pantai Damai
6- Taman Negara Gading
7- Taman Negara Bako
8- Jong's Crocodile Farm
9- Pusat Hidupan Liar Semanggoh

Selain dripada ke tempat menarik,anda juga wajib mencuba makanan tradisi di Sarawak. Contohnya "Pansoh Manok", laksa sarawak dan mee kolok. Ini kerana anda mungkin tidak dapat merasainya di tempat lain. Berikut saya senaraikan tempat makan menarik dan popular yang wajib anda kunjungi. 


Nasi Goreng Ikan Terubuk
Nasi Goreng Ikan Terubuk

Tempat makan menarik

1- My Village Barok
2- Kopi O Corner

Untuk makluman, bagi warga semenanjung yang ingin bercuti ke Sarawak anda tidak perlu mengemukakan passport. Semasa pemeriksaan imigresen, anda hanya perlu menunjukkan kad pengenalan dan akan diberikan pas lawatan. Pas ini perlu di simpan dan dipulangkan semasa anda ingin pulang ke semenanjung. 

Tips menarik

1- Pastikan anda bercuti di Kuching di hari minggu. Ini kerana ada sesetengah pasar hanya dibuka di hari minggu seperti Pasar Sarekei.

2- Pastikan anda mencuba makanan tradisi Sarawak seperti "Pahsoh Manok".

3- Lokasi terbaik untuk menginap adalah sekitar "waterfront Kuching". Ini kerana banyak lokasi menarik berada di sekitarnya.

4- Bagi pelajar, sekiranya anda ke "Kampung Budaya Sarawak", pastikan anda membawa kad pelajar. Ini kerana ada diakaun bagi pelajar.


Tip dan tempat menarik di Kuching, Sarawak Tip dan tempat menarik di Kuching, Sarawak Reviewed by Lah Mohd on 20:55:00 Rating: 5

2 comments:

  1. tak pernah lagi ke sarawak...baru je berkunjung ke sabah september lepas..maybe lepas ni msk list travel ke sarawak plk akan dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib masukkan Cik Tom. Bnyk tempat menarik kat sana. Kalau nak pergi wajib pergi hr minggu sbb ada pasar buka hr minggu je.

      Delete

Powered by Blogger.