Pengalaman mendaki Gunung Chabang - OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Chabang

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari mendaki ke Gunung Chabang.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Secara ringkasnya Gunung Chabang terletak di Perak dengan ketinggian 1711 meter dari paras laut. Untuk kesana anda perlu memandu menghala ke Kg Pos Slim yang berada di laluan ke Cameron Highland dari Simpang Pulai. Manakala, untuk sampai ke puncak masa sekitar 5-7 jam diperlukan (termasuk rehat dan bergambar). Sebagai tambahan, setiap kenderaan yang di parkir di kawasan Kg Pos Slim akan dikanakan caj sebanyak RM25 bagi setiap kereta. Caj ini akan ditentukan oleh Tok Batin dan mungkin akan berbeza mengikut pertimbangan dari beliau.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Memandangkan trip dakian ini adalah 'day trip' jadi semua pendaki perlu berkumpul seawal jam 7 pagi di Kg Pos Slim. Ini bagi membolehkan dakian dilakukan seawal mungkin. Untuk makluman anda, trip dakian ini saya lakukan dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh "Kelab Insight Green". Harga yang ditawarkan agak berpatutan iaitu serendah RM50 yang merangkumi permit dan pemandu arah.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Mengikut pemerhatian saya, trek dakiannya agak mencabar. Ini kerana, lebih daripada 80% laluan adalah mendaki. Jarang sekali anda akan melalui trek yang mendatar. Untuk sampai ke puncak, anda perlu melalui beberapa kawasan seperti perkampungan orang asli, dan kebun buah-buahan yang di usahakan penduduk. Sepanjang dakian kerap juga kami berhenti untuk melepaskan lelah. Mengikut pengalaman, trek dakian akan menjadi lebih sukar sekiranya berlaku hujan. Ini kerana trek dakiannya akan menjadi berlumpur dan licin.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Dari segi pemandangan di puncak, agak sukar untuk saya gambarkan. Ini kerana, semasa dakian keadaan agak berkabus dan kurang sinaran matahari disebabkan oleh hujan. Meskipun begitu, udaranya cukup nyaman dan selesa.


Inginkan gambar menarik??? Like & Follow facebook OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Chabang Pengalaman mendaki Gunung Chabang Reviewed by Lah Mohd on 06:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.