Pengalaman ke Dusun Sade, Lombok - OhVacay.Com

Pengalaman ke Dusun Sade, Lombok

Dusun Sade ???

Apa yang menarik di Dusun Sade, Lombok ???

Dusun Sasak Sade
Dusun Sasak Sade

Secara ringkasnya, Dusun Sade, Lombok merupakan perkampungan kaum Sasak yang masih mengamalkan budaya menculik. Amalan ini dilakukan sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan. Dalam kata lain, pengantin lelaki akan menculik bakal pengantin perempuan, menyembunyikan dan akan memaklumkan kepada keluarga perempuan tentang penculikan berlaku disebabkan oleh anaknya telah diminati orang. Bagi kaum Sasak, amalan merisik adalah bertentangan dengan budaya mereka. 

Bagi mereka yang berkunjung/bercuti ke Lombok dengan menggunakan pakej, kebiasanya mereka akan dibawa melawat ke perkampungan Dusun Sade. Ini kerana, perkampungan ini merupakan salah satu tarikan pelancongan disebabkan keunikan budaya yang masih dikekalkan. 

Dusun Sasak Sade
Rumah Dusun Sasak Sade

Untuk memasuki kawasan Dusun Sade, tiada bayaran dikenakan. Namun, sebagai penghargaan biasanya tip akan diberikan kepada individu yang membawa anda mengelilingi perkampungan mereka. Dalam hal ini individu tersebut akan menceritakan secara ringkas tentang budaya, bahan binaan rumah dan sebagainya. 

Semasa melawat kampung anda akan dipertontonkan dengan senibina rumah suku Sasak dan hasil kraftangan. Sekiranya berminat anda boleh membeli hasil kraftangan dengan melakukan tawar menawar. 

Dusun sade
Hasil tenunan penduduk

Memandangkan kawasan perkampungan kaum Sasak bersaiz kecil, anda boleh menghabiskan lawatan dalam masa sekitar 10-15 minit sahaja (bergantung kepada berapa lama anda berhenti untuk melihak hasil kraftangan penduduk). 

Pengalaman ke Dusun Sade, Lombok Pengalaman ke Dusun Sade, Lombok Reviewed by Lah Mohd on 06:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.