Pengalaman mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands Pahang - OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands Pahang

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands Pahang.

Gunung Irau
Secara ringkasnya. Gunung Irau merupakan gunung yang terletak di Pahang dan mempunyai ketinggian 2110 meter atau 6924 kaki dari aras laut. Selain itu, gunung ini turut terkenal sebagai 'Mossy Forest' memandangan keadaan puncaknya yang agak berlumut.

.........................

Sejujurnya saya katakan, pemandangan di Gunung Irau cukup cantik dan menenangkan. Suhunya pula lebih sejuk berbanding di pusat bandar Cameron Highlands. Dalam hal ini anda mungkin perlu menyediakan baju tebal untuk keselesaan.

Memandangkan trek dakian perlu ditamatkan dalam masa sehari, maka anda akan memulakan dakian sekitar jam 5 pagi dan turun sebelum malam. Sebelum memulakan dakian, taklimat ringkas akan diberikan oleh pemandu arah (ketua pendaki). Mengikut pengalaman, semua peserta perlu berkumpul seawal jam 4 pagi bagi membolehkan jadual perjalanan berjalan lancar.

Untuk sampai ke puncak, masa sekitar 4 hingga 5 jam diperlukan. Dalam hal ini, masa dakian bergantung sepenuhnya kepada stamina dan kekerapan anda berhenti

Gunung Irau
Gunung Irau
Untuk makluman anda, dakian ni saya lakukan dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh En. Zarif dengan bayaran serendah RM85. Harga termasuk pemandu arah, permit, pacuan 4WD, sarung tangan dan t-shirt. Sekiranya berminat anda boleh hubungi beliau - 017 627 6596. 

Sekiranya anda berseorangan, anda tidak perlu risau. Ini kerana, pakej yang ditawarkan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada anda berseorangan atau berkumpulan. Dalam hal ini anda tidak perlu segan kerana secara umumnya walaupun anda berseorangan, anda akan mendapat kenalan baru yang mungkin akan menjadi rakan dakian di tempat lain.

Sekiranya anda peminat alam semulajadi, Gunung Irau seharusnya menjadi antara lokasi yang wajib anda kunjungi.

Untuk melihat gambar menarik, Like page facebook OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands Pahang Pengalaman mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands Pahang Reviewed by Lah Mohd on 18:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.