Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik - OhVacay.Com

Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian sehari di Melaka.

Melaka
Melaka
Percutian ini merupakan kali ke 4 saya ke Melaka. Tapi yang membezakan percutian saya kali ini ialah saya ke Melaka dengan menggunakan bas dari TBS. Ini kerana, pada percutian sebelumnya saya bercuti bersama keluarga.

Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri atau tidak mempunyai lesen untuk memandu, anda boleh bercuti ke Melaka seperti saya. Dalam hai ini, anda hanya perlu membeli tiket bas ke terminal Melaka Sentral dengan harga sekitar RM10 sehala. Dari terminal Melaka Sentral anda perlu mendapatkan bas antara bandar dan turun dekat Dataran Pahlawan atau Kota A' Famosa. Untuk laluan balik, anda boleh menggunakan bas yang sama dengan menunggu di lokasi yang sama. Namun, sekiranya anda tidak yakin tentang lokasi untuk turun anda boleh maklumkan kepada pemandu agar berhenti apabila sampai di Kota A'Famosa.

Untuk makluman anda, kebanyakkan lokasi menarik terletak di sekitar Dataran Pahlawan dan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke tempat tersebut. Berikut saya senaraikan lokasi yang anda boleh kunjungi dengan berjalan kaki.

Tempat menarik sekitar Bandar Hilir Melaka

1- Menara Taming Sari
2- Kota A' Famosa
3- Muzium Islam Melaka 
4- Muzium Layang-Layang
5- Muzium Seni Bina Melaka
6- Muzium Samudera
7- Muzium TLDM
8- Istana Kesultanan Melayu Melaka
9- Rumah Terbalik
10- Kincir air Kesultanan Melayu Melaka
11- Melaka River Cruise
12- Medan Samudera
13- Dataran Pahlawan

Manakala, sekiranya anda mempunyai kereta, anda boleh ke lokasi berikut:
1- Pantai Klebang - Muzium kapal selam dan mencuba coconut shake
2- Taman Mini Melaka
3- Taman Buaya Melaka
4- Zoo Melaka

Dari segi penginapan, anda tidak perli risau. Ini kerana anda boleh menginap di hotel sekitar Dataran Pahlawan yang jaraknya sekitar 10-15 minit berjalan.

Untuk bayaran masuk muzium dan galeri anda boleh dapatkan info di sini.

Tip menarik

1- Pastikan anda mencuba Coconut shake

Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik Reviewed by Lah Mohd on 03:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.