Pengalaman ke Air Terjun Lata Medang - OhVacay.Com

Pengalaman ke Air Terjun Lata Medang

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari ke Lata Medang.

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang
Secara ringkasnya Lata Medang terletak di Kuala Kubu Bharu. Untuk kesana anda perlu memandu menghala ke Kampung Pertak. Bagi memudahkan perjalanan, anda boleh setkan waze anda dengan lokasi Kampung Pertak. 

Lata Medang
Jambatan pejalan kaki ke Air Terjun Lata Medang
Untuk memasuki kawasan air terjun anda akan dikenakan bayaran RM 1 seorang. Manakala untuk sampai ke Air Terjun Lata Medang, anda perlu berjalan sekitar 1 1/2 - 2 jam.

Memandangkan kawasan air terjun berada berdekatan dengan kawasan kampung, jadi terdapat beberapa trek laluan yang mungkin mengelirukan anda. Bagi memastikan anda berada dilaluan yang betul, anda boleh berpandukan kepada tanda lilitan plastik yang dibuat di batang atau ranting pokok.  

Lata Medang
Pemandangan ke Air Terjun Lata Medang
Bagi anda yang tidak biasa melalukan aktiviti mendaki, laluan ke Air Terjun Lata Medang boleh dianggap mencabar. Ini kerana, anda perlu melalui laluan yang agak licin (sekiranya hujan) dan mendaki.

Lata Medang
Pemandangan ke Air Terjun Lata Medang
Untuk makluman anda, untuk melakukan aktiviti trekking ke Air Terjun Lata Medang, permit dan pemandu arah tidak diperlukan. Meskipun begitu, bagi tujuan keselamatan disarankan untuk anda bergerak dalam kumpulan yang ramai. 

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang
Sepanjang perjalanan ke Air Terjun Lata Medang anda akan mendengar aliran air terjun. Selain itu, bagi sesetengah kawasan, anda boleh melihat aliran air terjun yang mengalir jernih.

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang
Untuk makluman anda, Air Terjun Lata Medang boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mempunyai keunikkan tersendiri. Namun begitu, bagi saya Air Terjun peringkat tertinggi sangat cantik. Dalam hal ini, anda boleh berdiri di bawah aliran air terjun. Airnya cukup jernih dan sejuk. Manakala, kawasan sekitarnya masih terpelihara. Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti "barbecue", disini terdapat kawasan yang sesuai untuk anda melakukannya. 

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang
Manakala, bagi anda yang berkeluarga, melakukan aktiviti trekking ke Air Terjun Lata Medang adalah tidak sesuai. Meskipun begitu, anda boleh membawa mereka beriadah di kawasan air terjun sekitar kawasan parkir. Namun, untuk mendapatkan kawasan yang cantik anda perlu berjalan sekitar 10-15 minit ke dalam hutan.

Pengalaman ke Air Terjun Lata Medang Pengalaman ke Air Terjun Lata Medang Reviewed by Lah Mohd on 09:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.