Pengalaman mendaki Gunung Pulai - OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Pulai

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari ke puncak Gunung Pulai.

Gunung Pulai
Gunung Pulai

Secara ringkasnya, Gunung Pulai terletak di Baling, Kedah. Gunung ini memiliki ketinggian 620 meter dari aras laut. Untuk ke puncak masa sekitar 2 jam 30 minit - 3 jam diperlukan bergantung kepada stamina anda. Dalam hal ini, trek dakiannya agak curam dan berbatu. Dianggarkan 90-95 peratus permukaan trek adalah berbatu. Manakala, dari segi kecerunan, ia boleh mencapai sehingga 70-75 darjah. 

Gunung Pulai
Trek ke Gunung Pulai

Untuk makluman anda, di puncak Gunung Baling tiada punca air. Dalam hal ini, disarankan untuk anda membawa air yang mencukupi kerana keadaan di puncak agak panas. Sebolehnya, bawalah sekurang-kurangnya 2L air atau satu botol 100 Plus 1.5L dan satu botol air mineral 1.5L.

Gunung Pulai
Gunung Pulai

Manakala, untuk berlindung dari mentari yang terik disarankan untuk anda memakai topi atau membawa payung. Dalam hal ini, pemakaian baju berlengan panjang dan seluar panjang sangat digalakkan. Selain itu, bagi membantu anda semasa mengalami kecederaan atau kekejangan otot, disarankan untuk anda membawa alatan kecemasan atau ubatan peribadi. Disamping itu, pemakaian sarung tangan sangat digalakkan bagi melindungi tangan anda daripada tercedera disebabkan terkena batuan tajam atau duri.

Gunung Pulai
Gunung Pulai

Untuk makluman anda, trip dakian ini telah saya lakukan bersama kelab MAG. Untuk mengetahui tentang aktiviti mereka anda boleh follow facebook mereka (MAG). Dari segi keperluan permit dan pemandu arah, saya tidak pasti sama ada diwajibkan atau tidak. Ini kerana segala urusan 100% telah diuruskan oleh mereka.

Gunung Pulai
Gunung Pulai

Meskipun keadaan di puncak agak panas, namum anda berpeluang melihat pemandangan sekeliling yang cukup cantik tanpa sebarang halangan. Dalam hal ini anda boleh melihat pemandangan sejauh mata memandang. 

Inginkan gambar menarik??? Like & follow facebook OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Pulai Pengalaman mendaki Gunung Pulai Reviewed by Lah Mohd on 07:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.