Pengalaman mendaki Gunung Baling - OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Baling

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari mendaki Gunung Baling.

Gunung Baling
Gunung Baling

Secara ringkasnya Gunung Baling terletak di daerah Baling Kedah dan berketinggian 546 meter dari paras laut. Sebagai tambahan, gunung ini berada bersebelahan dengan Gunung Pulai yang mana jaraknya mungkin sekitar 500 meter sahaja. Mengikut pengalaman, untuk ke puncak masa sekitar 1 jam 15 minit diperlukan. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai stamina yang tinggi anda mungkin boleh sampai ke puncak dengan lebih cepat.

Gunung Baling
Gunung Baling

Mengikut kepada maklumat yang saya perolehi, kebanyakkan pendaki mendaki Gunung Baling adalah untuk melihat 'awam karpet'. Namun begitu, awan ini tidak selalunya ada. Hanya mereka yang bernasib baik sahaja yang mungkin boleh melihat awan ini. Dalam hal ini, masa terbaik untuk anda mendaki adalah di awal pagi dan pastikan anda tiba di puncak sebelum matahari terbit. Ini kerana, selepas matahari mula meninggi 'awan karpet' akan beransur hilang. Sebabagai tambahan, 'awan karpet' akan lebih kelihatan sekiranya pada malamnya berlaku hujan. 

Gunung Baling

Sekiranya anda bernasib baik, anda berpeluang untuk bergambar di atas awam seolah-oleh seperti cerita di televisyen. 

Gunung Baling
'Awan Karpet" Gunung Baling

Untuk makluman anda, trek dakian ke puncak Gunung Baling adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan Gunung Pulai. Ini kerana, lebih daripada 80 peratus treknya adalah redup. Namun, memandangkan treknya bertanah liat, permukaan trek agak licin terutamanya semasa menuruni gunung. Dalam hal ini, anda perlu bijak menyusun langkah agar tidak menggelunsur ke bawah atau tercedera. 

Gunung Baling
Trek ke Gunung Baling

Dari segi keperluan permit dan kewajipan menggunakan pemandu arah tidak dapat saya jelaskan. Ini kerana trip dakian ini 100 peratus diuruskan oleh kumpulan mendaki MAG (Mountain Adventure Group). Untuk mengetahui aktiviti yang dirancang oleh mereka anda boleh ikuti facebook mereka.

Kawasan parkir Gunung Baling

Manakala, bagi anda yang memandu sendiri anda tidak perlu risau tentang parkir. Ini kerana, di kaki Gunung Baling disediakan kawasan parkir berpagar. Selain itu, turut disediakan kemudahan lain seperti tandas. 

Inginkan gambar menarik??? Like & Follow facebook OhVacay.Com

Pengalaman mendaki Gunung Baling Pengalaman mendaki Gunung Baling Reviewed by Lah Mohd on 22:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.