Cara mohon dan renew passport - OhVacay.Com

Cara mohon dan renew passport


Passport???

Passport merupakan dokumen perjalanan antarabangsa yang sah digunakan di luar negara. Dalam kata lain, passport merupakan pengganti kepada MyKad anda.

Passport Malaysia boleh dipohon di semua Pejabat Imigresen Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara (Kedutaan Malaysia di luar negara).

Secara umumnya, passport boleh disiapkan dalam masa sehari sahaja. Namun begitu, disarankan untuk anda memohon passport sekurang-kurangnya dua minggu sebelum anda ke luar negara. Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara tidak di ingini.

Passport Malaysia

Bagi memudahkan anda membuat rujukan, disini saya kongsikan pengalaman memohon passport buat kali pertama dan renew. Caranya cukup mudah dan tidak memerlukan prosedur yang rumit.

Secara umumnya, untuk memohon passport anda perlu bawa (bagi kategori umur 18 dan ke atas):
i- Diri anda (dalam keadaan berpakaian kemas dan disarankan memakai baju berwarna gelap)
ii- Duit (bayaran pemprosesan passport)
iii- MyKad


Cara Mohon Passport Buat Kali Pertama

1- Beratur untuk dapatkan nombor giliran
2- Isikan maklumat diri dalam borang yang diberi (nama, alamat, berat, tinggi, jantina dll)
3- Tunggu sehingga nombor anda dipanggil
4- Selesaikan urusan dokumentasi maklumat di kaunter 
5- Tunggu  nama/nombor anda dipanggil untuk membuat bayaran
6- Tunggu nama/nombor anda dipanggil untuk membuat tuntutan passport. Biasanya dalam masa sejam selepas bayaran di buat. 


Cara Renew Passport

Bagi anda yang ingin renew passport, prosedurnya hampir sama dengan permohonan kali pertama. Berikut saya kongsikan langkah semasa renew passport.

1- Bawa bersama passport lama dan beratur untuk dapatkan nombor giliran
2- Tunggu sehingga nombor anda dipanggil
3- Selesaikan urusan dokumentasi maklumat di kaunter 
4- Tunggu  nama/nombor anda dipanggil untuk membuat bayaran
5- Tunggu nama/nombor anda dipanggil untuk membuat tuntutan passport. Biasanya dalam masa sejam selepas bayaran di buat. 

Note: Pastikan anda tiba seawal mungkin di pejabat imigresen bagi mengelakkan anda beratur lama atau terpaksa datang pada kesesokkannya disebabkan kehabisan nombor. 

Maklumat lanjut berkait bayaran, syarat permohonan, renew passport disebabkan kehilangan/kerosakkan dan lain-lain,  rujuk website Jabatan Imigresen Malaysia

Cara mohon dan renew passport Cara mohon dan renew passport Reviewed by Lah Mohd on 00:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.