Aktiviti menarik di Air Terjun Lubuk Kawah, Perak - OhVacay.Com

Aktiviti menarik di Air Terjun Lubuk Kawah, Perak

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian 2H1M ke Air Terjun Lubuk Kawah, Perak.

Air Terjun Lubuk Kawah
Air Terjun Lubuk Kawah
Untuk makluman anda, Air Terjun Lubuk Kawah merupakan kawasan riadah dan air terjun yang berada di daerah Tanjung Malim, Perak. Sekiranya anda berkeluarga anda boleh menginap di resort dan mandi di sungai sekitar resort. 

Namun bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan dan meminati alam semulajadi, disarankan untuk anda ke kawasan Air Terjun Lubuk Kawah. Untuk ke air terjun, anda perlu berjalan kaki sekitar 3 jam dari kawasan parking kereta atau resort sambil meredah hutan dan anak sungai. Ini kerana kedudukannya agak jauh dari jalan utama. 

Selain daripada perlu meredah hutan dan anak sungai, anda juga perlu berwaspada dengan ganguan daripada pacat. Dalam hal ini, disarankan untuk anda membawa semburan serangga untuk keselesaan.

Air Terjun Lubuk Kawah
Air Terjun Lubuk Kawah
Sejujurnya saya katakan, walaupun perlu meredah hutan, anak sungai dan pacat, aktiviti ini cukup berbaloi. Ini kerana pemandangan di Air Terjun Lubuk Kawah sangat cantik. Airnya cukup jernih dan kawasan sekitarnya masih terpelihara dan terjaga tanpa pembangunan. 

Air Terjun Lubuk Kawah
Air Terjun Lubuk Kawah
Untuk makluman anda, aktiviti ini saya lakukan dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh MAG dengan harga serendah RM65.

Harga termasuk makanan, t-shirt, "flysheet", permit dan pemandu arah. Harga tidak termasuk bayaran untuk "porters" (pengangkut barang). Disebabkan tiada caj "porters" maka semua barangan keperluan (makanan dan peralatan memasak) 2H1M di Air Terjun Lubuk kawah akan diagihkan kepada peserta untuk dibawa. Dalam hal ini, anda tidak perlu membeli barangan untuk dibawa, tetapi hanya perlu membawa barangan yang telah dibeli oleh pihak penganjur ke tapak perkhemahan. Walaupun anda diminta untuk membawa barangan keperluan, anda tidak perlu memasak kerana semua urusan memasak akan dilakukan oleh pihak penganjur. 

Aktiviti menarik di Air Terjun Lubuk Kawah, Perak Aktiviti menarik di Air Terjun Lubuk Kawah, Perak Reviewed by Lah Mohd on 02:17:00 Rating: 5

3 comments:

  1. assalammualaikum tuan..ada no penganjur tuk lubuk kawah ini tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf takde. Tuan boleh try contact melalui FB diaorg MAG (mountain adventure Group)

      Delete

Powered by Blogger.