Cara menaiki kapal terbang - OhVacay.Com

Cara menaiki kapal terbang

Macam mana eh steps nak naik kapal terbang?
Kalau flight aku pukul 9 pagi, pukul berapa ye aku kena sampai di airport?
Macam mana nak tau pintu berlepas?
Apa ye yang kena bawa untuk naik kapal terbang?
Susah tak nak naik kapal terbang?

KLIA 2

Itu antara contoh soalan yang biasanya bermain di fikiran mereka yang pertama kali menaiki kapal terbang. Tidak kira lah penerbangan domestik mahupun antarabangsa. Ini kerana, prosedurnya sedikit rumit jika dibandingkan dengan menaiki bas atau kereta api memandangkan terdapat beberapa peraturan tambahan yang perlu dipatuhi. Antaranya, seperti muatan barangan dan pemeriksaan dokumen perjalanan.

Bagi memudahkan anda membuat rujukan, di sini saya kongsikan secara ringkas cara menaiki kapal terbang bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Untuk makluman anda, prosedur bagi penerbangan antarabangsa adalah lebih rumit jika dibandingkan dengan penerbangan domestik.


Cara menaiki kapal terbang

1- Beli tiket

Selari dengan kemajuan teknologi di hujung hari, anda boleh membeli tiket secara atas talian sahaja. prosedurnya tidaklah terlalu rumit. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
i - Buka laman web syarikat penerbangan yang anda inginkan
ii- Isikan maklumat destinasi, tarikh penerbangan,  bilangan penumpang dan klik search
iii- Pilih masa penerbangan
iv- Ikut beberapa langkah yang diberi sehingga anda menerima emel tempahan

Sebagai tambahan, untuk memudahkan pencarian tiket murah anda boleh gunakan laman web "skyscanner". Untuk membeli tiket, langkahnya hampir sama seperti saya nyatakan di atas. Selepas anda membuat tempahan tiket bolehlah anda ke langkah seterusnya iaitu daftar masuk.

Catatan: Akaun bank atas talian diperlukan untuk proses belian tiket. Contoh Mybank2U dan CIMB clicks. 

2- Daftar masuk

Bagi kedua-dua jenis penerbangan, daftar masuk boleh dibahagikan kepada dua iaitu daftar masuk diri dan daftar masuk barang. 


(1) Daftar masuk barang merujuk kepada langkah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai beg bersaiz besar. Untuk proses daftar masuk, anda perlu ke kaunter daftar masuk yang disediakan. Bagi airport bersaiz besar seperti KLIA/ KLIA2/ Narita, untuk mengetahui kaunter daftar masuk pesawat anda boleh rujuk kepada papan info yang disediakan. Manakala, bagi airport bersaiz kecil, kebiasaannya anda boleh daftar masuk di mana-mana kaunter mengikut tiket penerbangan yang dibeli.

(2) Bagi daftar masuk diri, sesetengah syarikat penerbangan menyediakan daftar masuk secara atas talian (online). Masa daftar masuk secata atas talian biasanya berbeza. Contoh anda boleh daftar masuk 14 hari awal bagi Airasia, dan 48 jam awal bagi Malindo Air.

Namun, ada sesetengah penerbangan, daftar masuk hanya boleh dilakukan di kaunter. Dalam hal ini, kebiasaanya daftar masuk dibuka 3 jam sebelum penerbangan dan ditutup 1 jam sebelum berlepas bagi penerbangan antarabangsa dan 45 minit bagi penerbangan domestik.

Catatan: Sekiranya anda menaiki penerbangan tambang murah AirAsia, pastikan anda berwaspada dengan hand-luggage anda. Pastikan ianya mengikut ukuran saiz dan timbangan berat yang ditetapkan. Ini kerana, di sesetengah lapangan terbang pihak AirAsia ada membuat pemeriksaan. Sekiranya saiz hand-luggage anda melebihi saiz yang dibenarkan, barangan anda mungkin akan dihalang dari dibawa masuk atau anda perlu membeli ruangan kargo (check-in ke ruang perut pesawat) dengan harga yang lebih mahal berbanding sekiranya anda menempah online.

3- Pemeriksaan keselamatan 

Pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan sebelum anda dibenarkan ke ruang berlepas. Pemeriksaan ini wajib dilakukan bagi semua jenis penerbangan sama ada domestik atau antarabangsa. Secara umumnya, semasa pemeriksaan keselamatan anda perlu:
i- Membuka tali pinggan, jam dan sebarang peralatan logam, dan
ii- Mengeluarkan laptop dari beg sekiranya ada dan dimasukkan dalam bekas yang disediakan

Anda sama sekali dilarang dari membawa sebarang objek tajam seperti gunting ke ruang berlepas. Sekiranya ada, barangan tersebut akan dirampas. 

Antara dokumen yang perlu anda bawa semasa ingin ke pintu pemeriksaan keselamatan adalah I/C dan boarding pass bagi penerbangan domestik dan passport dan boarding pass bagi penerbangan antarabangsa. 

4- Pemeriksaan imegresen

Pemeriksaan imegresen hanya terpakai sekiranya anda menaiki penerbanagn antarabangsa. Bagi penerbangan domestik, anda tidak perlu melalui pemeriksaan imegresen.

Bagi airport di Malaysia, anda mempunya 2 pilihan iaitu (1) layan diri dan (2) melalui kaunter. Untuk melalui layan diri anda hanya perlu:
i- Beratur
ii- Masuk ke ruang pemeriksaan apabila pintu dibuka
iii- Letakkan passport di ruangkan yang di sediakan
iv- Letakkan ibu jari untuk di scan apabila diminta
v- Selesai - Pintu keluar dibuka

Manakala, bagi yang tidak biasa menggunakan mesin layan diri, anda boleh ke kaunter (biasanya kaunter disediakan untuk warga emas dan mereka yang membawa bayi). Dokumen yang diperlukan adalah passport (dan visa sekiranya perlu). Bagi mereka yang memakai topi, kebiasaanya anda perlu membukanya. 

Sekiranya anda menggunakan penerbangan antarabangsa, adalah dinasihatkan untuk anda tiba awal. Ini kerana, kebiasaanya masa yang panjang diperlukan untuk pemeriksaan passport terutamanya di waktu puncak (Contoh: awal pagi dan cuti umum). 

5- Menaiki pesawat

Selepas melalui pemeriksaan keselamatan (dan imegresen bagi penerbangan antarabangsa), anda boleh terus ke pintu berlepas. Untuk mengetahui pintu berlepas anda boleh rujuk kepada papan info. Pastikan anda membuat anggaran masa berjalan terutamanya sekiranya anda menggunakan airport bersaiz besar. Ini kerana, kebiasaanya pintu berlepas adalah jauh yang mana memerlukan masa berjalan yang lama. 

Semasa menaiki pesawat, pastikan anda duduk mengikut nombor kerusi yang tercatit di tiket anda. Sebelum penerbangan, pastikan anda mematikan handphone atau menukar kepada mode pernerbangan. Nikmatilah saat di atas awan sehigga mendarat.

Bagi penerbangan antarabangsa, kebiasaannya sebelum mendarat anak kapal akan memberikan anda borang "declare'. Isikan maklumat berkait dan pastikan ianya betul. Borang ini perlu diserahkan semasa pemeriksaan imegresen. Sekiranya anda menaiki penerbangan antarabangsa, adalah disarankan untuk anda membawa pen bersama. Ini dapat mengelakkan anda daripada menunggu lama di airport untuk mendapatkan giliran menggunakan pen. 

6- Ketibaan

Selepas pesawat mendarat, tunggu sehingga pintu dibuka. Anda tidak perlu terburu-buru untuk bangun. Ini kerana, kebiasaanya, masa yang diambil untuk pesawat membuka pintu adalah agak lama. Sebelum keluar, pastikan anda membawa semua barangan yang dibawa. Sekiranya anda tidak mempunyai barang yang didaftar masuk ke perut pesawat, anda boleh terus ke balai ketibaan /pintu keluar (rujuk papan tanda).

Bagi anda yang mempunyai beg yang didaftar masuk, anda perlu ke ruangan tuntutan bagasi. Untuk mengetahui belt tuntutan, anda boleh rujuk papan info yang disediakan. Biasanya masa sekitar 5-10 minit diperlukan untuk beg anda tiba di ruang tuntutan. Bagi penerbangan domestik, selepas menuntut barang/beg anda boleh terus keluar.

Namun berbeza dengan penerbangan antarabangsa, sebelum keluar anda perlu melalui kaunter imegresen dan kastam. Untuk makluman, kaunter imegresen perlu anda lalui sebelum mengambil bagasi. Manakala, pemeriksaan kastam anda perlu lalui selepas anda mengambil barang. Sekiranya anda tidak mempunyai barang yang perlu di 'declare' atau beg yang banyak anda akan dilepas tanpa sebarang pemeriksaan susulan.

7- Selesai

Selamat bercuti...

Cara menaiki kapal terbang Cara menaiki kapal terbang Reviewed by Lah Mohd on 01:31:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Replies
    1. Ya, untuk perjalanan keluar negara melalui kapal terbang, kena cop passport di airport

      Delete

Powered by Blogger.