Travel Insurans, beban atau keperluan !!! - OhVacay.Com

Travel Insurans, beban atau keperluan !!!


Travel Insurans??

Perlu ke ambil travel insurans?
Tak mahal ke beli travel insurans?

Itu antara perkara biasa yang kita dengar apabila ditanya tentang travel insurans. Namun, sanggupkah anda untuk menanggung risiko sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini. Sanggupkah anda mengalami dilema percutian disebabkan kesilapan kecil kerana tidak membeli travel insurans seperti perlu berbelanja besar untuk menerima rawatan di luar negara dan sebagainya.


Mungkin ada sesetengah daripada kita melihat perkara tersebut biasa, namum tahukah anda untuk menerima rawatan di luar negara kosnya bukanlah murah. Kos yang perlu ditanggung anda mungkin berganda-ganda lebih mahal daripada kos rawatan yang perlu ditanggung di negara sendiri. Perkara ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti tukaran matawang dan sebagainya.

Masihkah anda ingat tentang kes kematian warga Malaysia di Vietnam pada April 2016. Sekiranya berlaku kepada anda semasa anda tidak membeli travel insurans, mampukah anda untuk menyediakan belanja puluhan ribu untuk membawa pulang jenazah? Jadi fikir-fikirkan sebelum anda melangkah ke luar negara.

Ingat, jangan anda menyesal selepas semuanya telah terjadi. Ini kerana, tidak akan pernah ada syarikat insurans yang akan menjual polisi perlindungan selepas anda mengalami musibah. Jadi sebelum menikmati keseronokan, pastikan anda membeli travel insurans agar keseronokan itu berpanjangan dan kekal sebagai kenangan terindah yang pernah anda lakukan.

Dengan membeli travel insurans, kita bukanlah meminta perkara buruk terjadi, tetapi sebagai persedian sekiranya berlaku sebarang musibah. Secara umumnya travel insurans memberikan anda perlindungan seperti:
1- Kemalangan
2- Kehilangan beg
3- Penerbangan di tunda atau dibatal
4- Kos perubatan, dan
5- Kos membawa pulang jenazah

Senarai di atas hanyalah sebahagian jenis perlindungan yang ditawarkan. Masih banyak perlindungan yang diberikan sekiranya anda memiliki travel insurans. Untuk makluman anda, perlindungan ini berbeza mengikut pakej yang anda beli. Semakin mahal pakej yang dibeli, biasanya semakin tinggi dan banyak perlindungan yang ditawarkan.

Selain itu, perlindungan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pihak yang menawarkannya. Jadi anda perlu membaca dengan teliti jenis perlindungan yang ditawarkan. Ini kerana, bagi aktiviti tertentu seperti sukan extrem (bungee jump, scuba diving dan sky diving), tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan.

Untuk membeli travel insurans anda mempunyai dua pilihan. Sekiranya anda tidak pandai membeli secara atas talian, anda boleh berkunjungi ke syarikat insurans terdekat yang menawarkan pakej travel insurans. Anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertugas.

Ingat, mencegah lebih baik dari merawat. Jangan kedekut untuk memperuntukan sejumlah wang untuk membeli travel insurans. Ini kerana, harganya tidaklah mahal. Dengan memperuntukan wang sekitar RM50 anda sudah mampu untuk memiliki perlindungan semasa bercuti.

Di Malaysia sendiri terdapat beberapa syarikat yang menawarkan pakej travel insurans seperti:
1- AXA trevel insurans
2- AIG travel insurans
3- ETIQA travel insurans
4- Allianze travel insurans

Selain itu anda juga boleh membeli pakej travel insurans dari Nomad travel insurans.

Travel Insurans, beban atau keperluan !!! Travel Insurans, beban atau keperluan !!! Reviewed by Lah Mohd on 03:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.