Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand - OhVacay.Com

Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand

New Zealand?

Apa yang menarik di New Zealand?

Bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta' mungkin perumpamaan ini sesuai untuk saya gambarkan pemandangan menarik di New Zealand. Suasananya yang nyaman ditambah pula dengan keadaan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang menambahkan lagi pukauan mata memandang. Pemandangan menarik boleh dilihat dimana-mana sahaja terutamanya di kawasan yang kurang didiami.

Bagi peminat alam semulajadi, New Zealand seharusnya menjadi antara lokasi wajib yang perlu anda lawati. Namun, sebelum anda jejakkan kaki ke Zew Zealand, perkara berikut harus anda fikir dan pertimbangkan.

Purakaunui Falls
Purakaunui Falls


Senarai keperluan sebelum bercuti ke New Zealand

1- Tiket penerbangan

Tiket penerbangan antara perkara terpenting yang perlu anda sediakan sebelum bercuti ke New Zealand. Dalam hal ini terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan laluan terus ke New Zealand, antaranya, Malaysia Airlines dan Airaisa. Untuk dapatkan harga tiket yang murah, anda perlu peka dengan promosi semasa. Mengikut pengalaman, Airasia pernah menawarkan harga tiket serendah RM900++ (return flignt).

Note:
1- Elakkan daripada menaiki penerbangan yang tiba lewat petang/ malam di New Zeland. Di kuatiri anda menjadi panik disebabkan semua perancangan anda tidak seperti dirancang apabila penerbangan ditunda.

2- Sekiranya penerbangan anda tiba lewat petang atau malam, elakkan daripada merancang sebarang aktiviti di hari ketibaan.

Hobbiton Movie Set
Hobbiton Movie Set

2- Passport

Sedia maklum, passport merupakan dokumen terpenting yang perlu anda sediakan sebelum keluar negara. Kegagalan anda untuk mengemukan passport semasa pemeriksaan boleh menyebabkan anda dihalang dari keluar dari Malaysia. Selain itu, pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlepas dan tidak mempunyai halangan perjalanan.

The Chasm
The Chasm

3- Visa

Bagi warganagara Malaysia, visa tidak diperlukan sekiranya anda melancong ke New Zealand kurang dari tempoh 3 bulan. Namun sekiranya anda bercadang untuk tinggal lebih lama, visa perlu disediakan. Untuk membuat visa, anda boleh menggunakan khidmat ejen pelancongan atau membuatnya sendiri (boleh baca di enjin carian google dengan menaip visa New Zealand).

Bagi anda yang menggunakan penerbangan transit di Australia, anda wajib mengemukan visa Australia semasa pemeriksan. Namun, sekiranya anda menggunakan penerbangan Airasia yang hanya 'lay-over' di Australia, visa tidak diperlukan.


Death Corner
Death Corner

4- Duit poket

Kejatuhan ringgit secara tidak langsung telah menambahkan lagi kos perjalanan saya ke New Zealand. Dalam hal ini, anda perlu peka dengan kedudukan tukaran dari semasa ke semasa bagi mengelakkan gangguan semasa bercuti. Mengikut pengalaman, Secara kasarnya, anda perlu peruntukan sekitar NZD1200 hingga NZD1500 untuk tempoh 11H10M (bagi percutian tanpa pakej).

Baca juga: 11H10M dengan budget NZD1152.40

Devils Punchbowl Falls New Zealand
Devils Punchbowl Falls

5- Makanan

Untuk berjimat, adalah digalakkan untuk anda membawa makanan dari Malaysia. Namun begitu, anda perlu berwaspada dengan senarai barangan yang dilarang untuk dibawa masuk. Secara umumnya, barangan berasaskan daging, ayam, susu, buahan, sayuran dan rempah belum proses adalah dilarang sama sekali dari dibawa masuk. Jadi, sebelum anda memasuki New Zealand pastikan semua barangan dibawa bebas dari unsur-unsur yang saya nyatakan di atas. Ini kerana, jika disabit kesalahan anda boleh didenda dan dipenjara. Sekiranya anda tidak yakin dengan jenis makanan yang dibawa, tandakan 'yes' pada borang 'declare'.

Bagi anda yang beragama islam, anda tidak perlu risau tentang makanan halal di New Zealand. Ini kerana terdapat beberapa kedai yang menjual bahan mentah halal untuk kegunaan harian seperti 'Park & Save'. Manakala untuk melihat senarai kedai makanan halal (mentah dan siap masak) di New Zealand, anda boleh rujuk Di Sini.

Baca juga: Senarai barang boleh dan tidak boleh dibawa ke New Zealand

Desert Road
Desert Road

6- Penginapan dan kemudahan

Penginapan merupakan perkasa asas semasa bercuti. Di New Zealand, anda boleh memilih sama ada untuk tinggal di hotel/motel/guesthouse atau di dalam campervan/motorhome atau berkhemah. Sekiranya anda ingin berkhemah atau bermalam di dalam campervan/motorhome, pastikan anda bermalam di kawasan yang dibenarkan sahaja. Ini kerana, tidak semua kawasan di New Zealand membenarkan anda untuk bermalam.

Selain itu, bagi memudahkan anda mencari lokasi untuk bermalam atau dan lain-lain kemudahan seperti tandas, tempat menarik, kedai, stesen minyak dan lain-lain disarankan untuk anda 'install' CamperMate apps ke telefon pintar anda.

Sebagai tambahan, pastikan anda mengenalpasti jenis kenderaan anda sama ada dalam ketogeri "self-contained (Motorhome/kenderaan yang ada tandas)" atau 'non self-contained" (kenderaan tidak ada tandas). Ini kerana, bagi kenderaan jenis "non self-contained" anda hanya boleh bermalam di campsite terpilih sahaja berbanding kenderaan dari ketogeri "self-contained" yang mana anda boleh bermalam di semua jenis campsite.

Baca juga: Jenis Campsite di New Zealand

Lake Brunner
Lake Brunner

7- Pengangkutan

Sekiranya anda bercuti ke New Zealand, anda tidak perlu risau tentang pengangkutan. Ini kerana, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan pengangkutan awam atau memandu sendiri. Boleh dikatakan pengangkutan awam di New Zealand menghubungkan semua destinasi menarik. Namun begitu, anda harus bijak menyusun jadual perjalanan agar tidak terburu-buru mengejar masa.

Manakala, bagi pemilik lesen memandu Malaysia (lesen memandu baru berupa I/C) yang ingin memandu, anda dibenarkan untuk memandu tanpa perlu membuat lesen memandu antarabangsa. Dalam hal ini, anda hanya perlu membawa lesen Malaysia semasa mengambil kenderaan. Untuk makluman anda, kedudukan pemandu bagi kenderaan di New Zealand adalah sama seperti Malaysia.

Note:
1- Kad Kredit diperlukan semasa mengambil kenderaan
2- Sekiranya anda menempah kereta/campervan dari syarikat JUCY Car Rental. Pastikan anda clik Deals di bahagian Menu untuk lihat tawaran yang ditawarkan. Sekiranya bernasib baik anda dapat menempah kereta/campervan dengan kos NZD1 sehari.

Baca juga: Panduan memandu di New Zealand

Hooker Valley
Hooker Valley

8- Keperluan diri

Keperluan diri merujuk kepada keperluan peribadi anda seperti pakaian dan sebagainya. Dalam hal ini, dinasihatkan untuk anda membawa pakaian yang sesuai terutamanya jika anda bercuti semasa penghujung musim luruh dan musim sejuk.

Manakala, bagi anda yang ingin menyewa dan menginap di dalam campervan atau motorhome semasa penghujung musim luruh dan sejuk, pastikan anda turut membawa:
i- Pakaian tebal
ii- Sleeping bag 
iii- Lain-lain keperluan musim sejuk

Ini kerana, mengikut pengalaman saya semasa bercuti di penghujung musim luruh, suhu di malam hari sangat sejuk dan boleh turun sehingga 0. Dalam hal ini, walaupun motorhome sudah mempunyai pemanas adalah lebih baik untuk anda membawanya untuk keselesaaan.

Lake Te Anau
Lake Te Anau

9- Jadual Perjalanan

Bagi memastikan kelancaran perjalanan, adalah dinasihatkan untuk anda menyediakan jadual perjalanan dan membuat semakan trafik sebelum anda ke New Zealand. Ini bagi mengelakkan anda tidak terperangkap di laluan yang sedang ditutup atau dalam pembinaan atau sedang di naik taraf. Untuk membuat semakan anda boleh rujuk kepada maklumat trafik di New Zealand atau apps Campermate.

Manakala, untuk mengira jarak perjalanan dan minyak yang digunakan, anda boleh gunakan kalkulator "travel time & distance" dan "gas prices".

Dari segi pemanduan, masa ideal atau maksimum untuk memandu adalah sekitar 2-3 jam sahaja sehari. Ini kerana terlalu banyak tempat menarik (tanpa bayaran masuk) yang boleh anda kunjungi dan bergambar. Dalam hal ini anda mungkin perlu luangkan masa yang panjang di setiap lokasi.

Lake Waihola
Lake Waihola

10- Aktiviti menarik

Tidak sempurna percutian jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti. Pastikan anda menyusun jadual aktiviti mengikut budget dan keinginan anda. Sekiranya anda ingin berjimat, anda boleh memilih lokasi menarik yang tidak melibatkan sebarang bayaran masuk. Untuk makluman anda, New Zealand kaya dengan pemandangan menarik walaupun hanya di tepi jalan biasa.

Baca juga: Semakan senarai aktiviti yang boleh dilakukan di New Zealand

Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand Reviewed by Lah Mohd on 07:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.