11H10M di New Zealand dengan budget NZD1152.40 - OhVacay.Com

11H10M di New Zealand dengan budget NZD1152.40

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan jumlah keseluruhan perbelanjaan saya selama 11H10M di New Zealand (atau 13H12M termasuk hari berlepas dan tiba di Malaysia). 

Moeri Boulder
Untuk makluman anda, sepanjang di New Zealand saya hanya peruntukkan kos sebanyak NZD1152.40 atau RM3457.20 sahaja. Kos ini merangkumi semua perbelanjaan di New Zealand iaitu dari "North Island" dan "South Island" tanpa mengambil kira kos penerbangan dan harga tiket masuk tempat menarik. Ini kerana, kos ini mungkin akan berbeza bergantung kepada promosi dari syarikat penerbangan dan pilihan tempat yang anda ingin lawati.

Sekiranya mengambilkira semua perbelanjaan yang dilakukan, secara keseluruhannya saya belanjakan sebanyak NZD1743.25 atau RM5229.75. Dalam hal ini, kos dalam nilai NZD saya sertakan bagi memudahkan anda membuat pengiraan sekiranya berlaku perubahan dalam nilai tukaran matawang semasa. Berikut saya senaraikan pecahan kos secara terperinci.


Note: 
1- Kadar tukaran semasa percutian 1NZD= RM3.00
2- Perbezaan antara Caravan, Campervan & Motorhome.
Caravan - Kenderaan yang memiliki trak tunda di belakang.
Campervan - Kenderaan yang diubah dengan kemudahan tempat tidur dan tempat masak
Motorhome - Truck besar yang memiliki kemudahan seperti sebuah apartment


Kos 11H10M di New Zealand

1- Sewa campervan 

Sewa campervan untuk 11H10M = NZD917.80
Seorang = NZD458.90

Kos sewa merangkumi:
i - Sewa campervan 
ii- Insurans campervan
iii- Wifi 1GB per hari 
iv- GPS
v- "airport shuttle transfer"

Note:
Campervan saya sewa dari syarikat JUCY Car Rental. Pastikan anda clik Deals di bahagian Menu untuk lihat tawaran yang ditawarkan. Sekiranya bernasib baik anda dapat menempah kereta/campervan dengan kos NZD1 sehari.


2- Minyak 

Jumlah kilometer perjalanan: 3120 km
Kos untuk 11H10M = NZD576
Kos seorang = NZD288

Note: Secara purata harga minyak NZD2 per liter


3- Sewa Holiday Park dan Motel/hotel

i- Backpacker hotel- NZD70
ii- Motutere Bay Holiday Park - NZD43 (power site)
iii- Camp Elsdon - NZD20 (Non-power site)
iv- Lake Brunner Country Motel & Holiday Park - NZD40 (Non-power site)
v- Lake Tekopa Motels & Holiday Park - NZD44 (Non-power site)
vi-  Wanaka Lakeview Holiday Park - NZD40 (Non-power site)
vii- Te Anau Top 10 Holiday Park - NZD36 (Non-power site)
viii- Possum Lodge & Holiday Park - NZD34 (Non-power site)
ix- Lake Waihola Holiday Park - NZD30 (Non-power site)
x-  Amber Kiwi Holiday Park & Motels - NZD42 (Non-power site)

Kos untuk 10 malam = NZD399
Kos seorang = NZD199.50

Note
1- Motorhome perlu dicas sekurang-kurang sekali setiap 2 malam. Bateri perlu dicas bagi memastikan perlatan seperti peti ais dan barang elektrik lain dapat berfungsi dengan baik. Secara purata bateri boleh bertahan 36-48 jam bergantung kepada penggunaan.
2- Campervan tidak perlu dicas - Bateri kedua automatik dicas apabila enjin di hidupkan. Anda tidak perlu sewa power site semasa menginap/bermalam. 
3- Untuk kurangkan kos penginapan anda boleh bermalam di DOC atau freedom camsite

Baca juga: Jenis campsite di New Zealand

Laluan perjalanan 11H10M - 3120KM 

4- Tiket feri Wellington (North Island) ke Pinton (south Island)

Harga tiket feri Bluebridge untuk dua orang + campervan = NZD261
Kos seorang = NZD130.5

Note:
Terdapat dua syarikat feri yang beroperasi antara South dan North island iaitu Interslander dan Bluebridge. 


5- Makanan (Masak sendiri)

Kos makanan bawa dari Malaysia = +- NZD15
Kos makanan beli di New Zealand = +- NZD100
Kos makanan untuk 11H10M = NZD115
Kos makanan seorang = NZD57.50

Note: 
1- Kos ini hanya merangkumi kos bahan mentah (cth: ayam, ikan, daging, udang, mentega untuk masak dll), tidak termasuk makanan siap masak/ siap proses.
2- Sekiranya anda bermalam di Holiday Parks, anda tidak perlu membeli butane gas (i.e. gas saiz portable stove). Ini kerana anda boleh menggunakan dapur yang disediakan oleh pihak Holiday Parks. 

6. Travel Insurans seorang (VIP Plan)

Kos seorang = NZD18


7- Tiket kapal terbang seorang

i- Christchurch ke Auckland + luggage (23kg x 1)= NZD84
ii- Kuala Lumpur - Auckland - Kuala Lumpur + luggage (20kg x 2) + makanan (1 kali) = NZD395
Kos seorang = NZD479


8- Tiket masuk tempat menarik seorang

i- The Hobbiton set = NZD79
ii- Milford Sound = NZD33.75
Kos seorang = NZD112.75


Jumlah kos keseluruhan seorang

Sewa kenderaan + Minyak + Holiday park + Makanan + Tiket feri Wellington ke Picton + Tiket kapal terbang + Insurans + tiket masuk tempat manarik= NZD1743.25 atau RM5229.75

Jadi untuk kurangkan kos anda boleh kurangkan lawatan ke tempat menarik berbayar. Dalam hal ini anda tidak perlu risau meskipun anda tidak ke tempat yang berbayar. Ini kerana New Zealand kaya dengan pemandangan menarik walaupun hanya di tepi jalan biasa. 

Baca juga
11H10M di New Zealand dengan budget NZD1152.40 11H10M di New Zealand dengan budget NZD1152.40 Reviewed by Lah Mohd on 23:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.