Sekiranya sebelum ini saya kongsikan jumlah perbelanjaan selama 11H10M di New Zealand, kali ini saya kongsikan aktiviti menarik yang saya lakukan sepanjang berada di sana. Untuk makluman anda, percutian ini saya lakukan pada penghujung musim luruh 2017. Meskipun percutian ini kelihatan agak panjang, namun masih banyak tempat menarik yang tidak sempat saya kunjungi. Secara keseluruhannya saya telah memandu sejauh 3120 km bermula di Auckland dan tamat di Christchurch (rujuk peta di bawah).
![]() |
Laluan perjalanan 11H10M - North & South |
Pemilihan dan susunan aktiviti ini saya lakukan sendiri berdasarkan kepada maklumat yang dikongsi oleh bloggers atau maklumat di laman rasmi New Zealand. Berikut saya kongsikan jadual perjalanan dan aktiviti saya selama 11H10M di New Zealand - North & South dengan budget NZD1152.40.
Baca juga:
11H10M ke New Zealand dengan budget NZD 1152.40
Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand
11H10M ke New Zealand dengan budget NZD 1152.40
Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand
Itinerary 11H10M di New Zealand - North & South
Tarikh
|
Masa
|
Aktiviti
|
|
Kuala Lumpur - Gold Coast (lay-over) | |||
4 May 2017 | 8.00 pm |
#Bertolak ke KLIA2, Check-in beg, selesaikan pemeriksaan keselamatan dan imigresen. | |
10.30 pm | #Ke ruang menunggu dan berlepas ke New Zealand jam 11.55 malam. (Penerbangan ke Auckland mengambil masa sekitar 11 jam termasuk 'lay-over' di Gold Coast) | ||
Gold Coast - Auckland airport - Auckland city | |||
5 May 2017 | #Tiba di Gold Coast & 'Lay-over' selama 55 minit sebelum berlepas ke Auckland (Perbezaan masa Kuala Lumpur & Gold Coast 2 jam) |
||
#Tiba di Auckland (Perbezaan masa Gold Coast & Auckland 3 jam) |
|||
5.00 pm | #Bergerak ke Auckland City dan check-in hotel/motel |
||
Auckland city - Matamata - Taupo | |||
6 May 2017 | 8.00 am |
#Daftar keluar motel dan terus ke Jucy Car Rental (Buka jam 9.00 pagi - 6 petang) |
|
10.00 am | #Ke Hobbiton Movie Set (Masa sekitar 2 jam diperlukan untuk ke hobiton dari Auckland City) | ||
12.30 pm | #Tiba di Hobbiton set dan terus melakukan lawatan (Masa sekitar 2 jam 30 minit diperlukan untuk menghabiskan keseluruhan lawatan) | ||
#Ke Huka Fall (Masa sekitar 1 jam diperlukan untuk ke Huka falls dari Hobbiton set) | |||
#Daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Taupo - Waiouru - Wellington | |||
7 May 2017 | 7.30 am | #Sediakan sarapan & makan tengah hari | |
#Daftar keluar Holiday Park & Bergerak ke Wellington dan singgah di tempat menarik di sepanjang perjalanan: - Desert road - Ruahine - Hunter ville | |||
#Bersiar- siar di bandar Wellington, | |||
#Daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Wellington - Pinton - Blenheim - Reefton - Moana | |||
8 May 2017 | 6.00 am | #Daftar keluar Holiday Park & bergerak ke terminal feri | |
6.30 am | #Daftar masuk Bluebridge Feri (Daftar masuk perlu dilakukan sekurang-kurang 1 jam sebelum berlepas) | ||
8.00 am | #Berlepas ke Picton (Perjalanan memakan masa sekitar 3 jam setengah) | ||
12.00 | #Memulakan perjalanan ke Moana dan singgah di tempat menarik di sepanjang perjalanan | ||
#Daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Moana - Otira - Springfield - Geraldine - Tekapo | |||
9 May 2017 | 7.30 am | #Sediakan sarapan & makan tengah hari | |
#Daftar keluar Holiday park dan terus ke: | |||
- Lake Brunner - Death Corner - Punchbowl falls - Lake Pearson - Castle Hill | |||
#Daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Tekapo - Hooker Valley - Wanaka | |||
10 May 2017 | 7.30 am | #Sediakan sarapan & makan tengah hari | |
#Daftar keluar Holiday Park & ke: - Church of the Good Shepherd | |||
#Ke Hooker valley dan memulakan trek ke Hooker Lake (Masa sekitar 3-4 jam diperlukan untuk menghabiskan track - return) | |||
#Ke Lake Pukaki | |||
#Ke High Country Salmon | |||
#Daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Wanaka - Queenstown - Te Anau | |||
11 May 2017 | 7.30 am | #Sediakan sarapan & makan tengah hari | |
#Daftar keluar Holiday Park & bergerak ke Wanaka Tree, Puzzle World | |||
#Ke Queenstown dan bersiar-siar di bandar Queenstown | |||
#Ke Lake Wakatipu dan menikmati keindahan tasik sepanjang pejalanan ke Kingston | |||
#Ke Garston Honey (Boleh rasa madu percuma - Wajib cuba) | |||
#Ke Te Anau, daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam |
|||
Te Anau - Milford Sound - Manapouri | |||
12 May 2017 | 6.30 am | #Daftar keluar Holiday Park & bergerak ke Milford Sound (Perjalanan ke Milford Sound sekitar 2 jam dari Te Anau - Pastikan minyak di isi penuh sebelum meninggal Te Anau | |
#Daftar masuk Milford Sound Cruise (Daftar masuk perlu dilakukan sekurang-kurang 20 minit sebelum feri berlepas) | |||
9.45 am | #Memulakan Milford Sound Cruise | ||
#Bergerak ke Manapouri dan singgah di tempat menarik di sepanjang perjalanan: - The Chasm Falls - Lookout (Kea) - Melihat burung - Mirror Lake - Eglinton Valley | |||
#Tiba di Manapouri, daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Manapouri - Pahia - Bluff - Purakaunui - Waihola | |||
13 May 2017 | 7.30 am | #Sediakan sarapan & makan tengah hari | |
#Daftar keluar Holiday Park dan singgah di tempat menarik sepanjang laluan ke Invercargil: - McCracken's lookout - Gemstone beach - dan lain-lain | |||
#Ke Purakaunui fall (Perlu berjalan sekitar 20 minit - return) | |||
#Ke Nugget Point Lighthouse | |||
#Ke Lake Waihola, daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Waihola - Dunedin - Christchurch | |||
14 May 2017 | 7.30 am | #Sediakan sarapan & makan tengah hari | |
#Daftar keluar Holiday Park & bergerak ke Tunnel Beach | |||
#Ke Dunedin & bersiar di bandar Dunedin | |||
#Ke Moeraki Boulders | |||
#Ke Christchurch, bersiar di bandar Christchurch, daftar masuk Holiday Park & masak untuk makan malam | |||
Christchurch - Auckland - Gold Coast - Kuala Lumpur | |||
15 May 2017 | 8.00 am | #Sediakan sarapan, bersihkan campervan & kemas barang | |
#Daftar keluar Holiday Park & bergerak ke Jucy Car Rental di Christchurch (hantar kereta) | |||
12.00 pm | #Daftar masuk penerbangan ke Auckland jam 2.00 | ||
4.30 pm | #Daftar masuk penerbangan Auckland - Kuala Lumpur (Terminal domestik & antarabangsa berada di bangunan yang berbeza - anda perlu berjalan sekitar 5-10 minit berpandukan garisan hijau dilantai atau menggunakan airport shuttle) | ||
7.30 pm | #Berlepas ke Kuala Lumpur | ||
8.55 pm | #Tiba di Gold Coast & 'Lay-over' selama 1 jam 15 minit sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur jam 10:10 pm | ||
Kuala Lumpur | |||
16 May 2017 | 4.40 am | #Tiba di KLIA 2 - Percutian selesai |
Catatan:
1- Masa New Zealand cepat 5 jam dari Malaysia2- Pastikan anda tiba/ check-in holiday park sebelum malam. Paling lewat sebelum jam 6. Ini kerana selepas jam 6 kebanyakkan holiday park telah ditutup kecuali di bandar atau pekan besar yang beroperasi sehingga jam 9 malam.
3- Tempoh memandu yang ideal untuk sehari adalah sekitar 2-3 jam sahaja.
4- Pastikan anda peruntukkan masa sekitar 1 jam untuk proses mengambil dan memulangkan kereta.
5- Kad kredit diperlukan untuk proses sewa kereta (Wajib ada kad kredit)
Itinerary 11H10M di New Zealand - North & South
Reviewed by Lah Mohd
on
01:39:00
Rating:

No comments: