Barang boleh dan tidak boleh dibawa ke New Zealand - OhVacay.Com

Barang boleh dan tidak boleh dibawa ke New Zealand

Bercuti dengan kos yang minimum merupakan impian semua orang, termasuk saya sendiri. Adakalanya membawa makanan adalah salah satu cara terbaik untuk berjimat. Namun, perlu di ingat bahawa tidak semua negara membenarkan anda untuk membawa makanan ke negara mereka. Peraturan ini dilakukan bertujuan untuk mengawal dan mengurangkan risiko berlakunya penyebaran wabak penyakit. 

Dalam hal ini, New Zealand tidak terkecuali daripada mengenakan sekatan tersebut. Peraturannya cukup ketat. Oleh itu, bagi mengelakkan anda didenda, pastikan anda tidak membawa barangan yang dilarang. Namun sekiranya anda tidak sengaja membawanya, anda boleh mengelak daripada didenda dengan mengistiharkan semua barangan yang dibawa di dalam borang ketibaan atau membuangnya sebelum pemeriksaan dilakukan.

Bagi memudahkan anda mengenalpasti jenis barang yang boleh dibawa dan tidak boleh dibawa ke New Zealand, berikut saya ringkaskan dan senaraikan serba sedikit antara barang yang dibenar dan dilarang di bawa masuk.



Senarai barang boleh dibawa dan tidak boleh dibawa ke New Zealand

Senarai boleh dibawa ke New Zealand

No. Perkara 
1-  Beras 
2- Maggi
3-  Sardin
4-  Perencah sambal tumis - Cth: Kari ayam, tomyam
kecuali yang ada rempah belum proses seperti bunga cengkih
5-  Produk 3 in 1 yang tidak berasaskan susu (yang guna
non-dairy creamer)
6-  Bihun
7-  Rempah ratus diproses dan dipaket kemas
8-  Penambah rasa seperti kiub ayam dan kicap
9-  Ubat yang dibenar - Cth Penadol
10-  Bubur nasi segera yang tidak ada daging, ayam, telur
11-  Susu bayi (Perlu ada bayi bersama)


Senarai tidak boleh dibawa ke New Zealand

No. Perkara
1-  Produk berasaskan ayam/ daging
2-  Produk berasaskan telur
3-  Produk berasaskan susu
4-  Rempah belum proses (Cth; bunga cengkih) &
rempah yang tidak dipek kemas
5-  Buah-buahan segar dan kering
6-  Sayur segar dan kering
7-  Sebarang makanan yang tidak dipek kemas
8-  Produk berasaskan herba
9-  Madu
10-  Ikan
11-  Semua peralatan aktiviti "outdoor" yang tidak dibersihkan
atau mengandungi tanah, pasir atau air.

Maklumat lanjut anda boleh baca di sini


Bagi memudahkan pemeriksaan, dinasihatkan anda untuk meletakkan semua barangan makanan (barangan yang perlu diistihar) dan pakaian secara berasingan. Sekiranya anda tidak yakin dengan ketegori makanan tersebut, istiharkan sahaja sebagai anda membawanya. Jika barangan tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, mereka akan merampasnya dari anda. Namun sekiranya anda membawanya tetapi tidak mengistiharkan barangan tersebut, jika disabit kesalahan anda boleh didenda NZD400 bagi satu kesalahan dan mungkin boleh didakwa dan dipenjara. 

Selain itu, untuk memudahkan pemeriksaan sebolehnya sediakan senarai barangan yang anda bawa. Manakala, bagi  anda yang ingin membawa peralatan perkhemahan atau peralatan sukan, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu di Malaysia sebelum membawanya. Pastikan semua peralatan tersebut bebas dari tanah dan dedaun.

Baca juga:
Keperluan/ persiapan sebelum bercuti ke New Zealand
Itinerary 11H10M di New Zealand - North & South
11H10M ke New Zealand dengan budget NZD1152.40

Barang boleh dan tidak boleh dibawa ke New Zealand Barang boleh dan tidak boleh dibawa ke New Zealand Reviewed by Lah Mohd on 22:15:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.