3H2M di Ho Chi Minh dengan Budget RM524.55 (all-in) - OhVacay.Com

3H2M di Ho Chi Minh dengan Budget RM524.55 (all-in)

Ben Thanh atau kawasan sekitar District 1 Ho Chi Minh City sememangnya terkenal dengan barangan murah. Ianya sering menjadi bualan ramai dari golongan peniaga hinggalah orang perseorang. Namun, masih ramai yang beranggapan untuk bercuti sambil berbelanja di Ho Chi Minh memerlukan kos yang besar. 

Ho Chi Minh City Hall
Ho Chi Minh City Hall
Untuk makluman anda, secara kasarnya untuk bercuti sambil berbelanja di Ho Chi Minh ianya cukup murah iaitu sekitar RM530 sahaja.  

Dalam hal ini, terdapat beberapa lokasi menarik di sekitar Ben Thanh yang boleh anda lawati dengan berjalan kaki (rujuk peta di bawah), antaranya:
1- War Remmants museum
2- Ho Chi Minh Statue
3- Ho Chi minh City Hall
4- Saigon Opera 
5- Saigon Central Post Office
6- Notre Dame Cathedral
7- The Independent Palace
8- Bitexco Financial Tower

Lokasi menarik sekitar Ben Thanh

Manakala, berikut merupakan senarai barangan yang boleh anda beli di Ho Chi Minh:
1- Kain pasang/ sulam/ sutera
2- Kain lace
3- Kain baju melayu
4- Kain untuk kemeja/ coat
5- Tudung
6- Telekung solat
7- T-shirt
8- Alatan sukan - kasut/ beg/ windbreaker
9- Baju kurung / jubah siap jahit
10- Hiasan rumah - alas meja/ lukisan/ ukiran/ dll

Pilihan kain - pelbagai corak dan warna

Bagi memudahkan anda membuat anggaran, berikut saya kongsikan perbelanjaan saya semasa percutian kali kedua pada May 2017 (kali pertama pada Feb 2016) bersama 6 orang kenalan. 


3H2M di Ho Chi Minh dengan budget RM524.55 (all-in)

1- Tiket kapal terbang seorang

Kuala Lumpur - Ho Chi minh - Kuala lumpur = RM211.90


2- Luggage 

Luggage untuk 6 orang = 75KG
Kos seorang = RM32


3- Hotel

K Central Hotel = RM58 semalam
Kos 2 malam seorang = RM116


4- Makan

Purata sekali makan sekitar VND100,000 atau RM19.40
VND100,000 x 7 = VND700,000 atau RM135.40

Menu 

5- Tiket bas (Airport - Ben Thanh - Airport)

VND5000 sehala atau sekitar RM1
Jumlah = VND15,000 atau RM3

Note:
1- Beg bersaiz besar dikira sebagai seorang penumpang
2- Dari Airport - Ben Thanh - Airport anda boleh gunakan bas bernombor 152 (Di airport bas berada di depan pintu keluar. Di Ben Thanh anda boleh menaiki bas di lokasi anda turun)


6- Travel insurans (VIP Plan)

RM26.25


Jumlah keseluruhan = RM524.55


Note:
1- Nilai tukaran semasa percutian RM194.00 = VND1,000,000
2- Perbelanjaan di atas tidak termasuk perbelanjaan shopping. Ini kerana perbelanjaan tersebut berbeza mengikut citarasa anda.
3- Untuk berjimat anda boleh:
a- Membawa makanan dari Malaysia seperti Maggi, bubur dan sebagainya
b- Memilih hotel yang murah - pastikan lokasi hotel tidak terpencil dan berdekatan dengan Ben Thanh.
c- Membuat tempahan tiket penerbangan semasa promosi

3H2M di Ho Chi Minh dengan Budget RM524.55 (all-in) 3H2M di Ho Chi Minh dengan Budget RM524.55 (all-in) Reviewed by Lah Mohd on 00:00:00 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.